Sunday, 4 May 2014

Cerpen: Sampai Menutup Mata

4hb Feb 06
“Yusof,makan ubat dulu.. Mak Jah tengok, Yusof dah lama tak sentuh ubat-ubat nie. Yusof tak ingat ke pesan doktor..?” Yusof mengeluh. Kata-kata Mak Jah, pengasuhnya tidak diedahkan.
“Papa dengan Mama dah balik ke balum Mak Jah..?” Soal Yusof. Mak Jah menggeleng perlahan. Yusof mengeluh lagi. Kali ini lebih kuat. Mak Jah memandang dengan pandangan simpati.
“Diorang sibuk, Yusof.. Yusof kena faham..” Rambut Yusof diusap lembut. Faham dengan perasaan anak asuhannya itu.
“Kalau ye pun sibuk, takkan sampai kebajikan anak sendiri pun diorang tak nak ambik peduli. Yusof dah bosan, Mak Jah.. Yusof perlukan kasih-sayang, bukan ubat-ubat nie semua..” Serentak dengan itu Yusof menepis talam berisi ubat di atas mejanya itu. Tanpa mengedahkan panggilan Mak Jah, dia terus melangkah meninggalkan kamarnya. Mak Jah hanya mampu melihat motor yang ditunggang oleh Yusof berlalu pergi.


7hb Feb 06
Zulaikha tersenyum puas. Dalam tempoh dua minggu dia berjaya menyesuaikan dirinya di tempat kerjanya itu. Senyuman manis dihadiahkan kepada pengunjung yang kebanyakannya terdiri dari golongan remaja yang meminati dunia muzik. Dia membelek-belek CD dan kaset yang terdapat dirak. Sesekali dibetulkan CD dan kaset yang nampak kurang kemas.
Tiba-tiba, matanya menangkap sepasang mata yang sejak tadi sedang asyik merenung ke arahnya. Setahu Zulaikha, semenjak dia bekerja di sini pemuda ini selalu mengunjungi kedai ini, tetapi tidak sekali pun dia melihat pemuda itu membeli di sini. Dahi Zulaikha berkerut apabila sebaik sahaja matanya mendarat ke arah pemuda yang bertopi itu, pemuda itu akan berpaling ke arah lain seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ringan sahaja kakinya melangkah ke arah pemuda itu.
“Boleh saya bantu..?” Pemuda itu tersentak. Bulat matanya merenung Zulaikha yang berada di hadapannya kini.
“Er..saya..” Topi di kepala dicabut. Pemuda itu kelihatan gugup.
“Encik nak beli CD atau kaset..?” Soal Zulaikha lagi. Soalannya menambah kegugupan lelaki tersebut.
“Er, bagi saya… CD la..” Zulaikha tersenyum manis. Memang itu pesanan majikannya, maniskan senyuman.
“Encik nak CD lagu yang mana satu..?”
“Er..yang ini..” CD lagu kumpulan Indonesia yang terkenal dalam kalangan anak remaja masa kini diangkat. Pantas Zulaikha mencapai CD itu lalu menuju ke kaunter bayaran. Pemuda itu tadi membontotinya.
“Rm19, encik..” Ujar Zulaikha tersenyum. Lelaki itu mengeluarkan duit yang dipinta lalu duit dan CD itu bertukar tangan.
“Terima kasih, encik.. Sila datang lagi..” Tutur Zulaikha mesra. Pemuda itu hanya tersenyum lalu melangkah meninggalkan kedai tanpa menyedari mata Zulaikha tidak jemu merenungnya dari jauh.

  
Yusof tepuk dahi. CD yang dibeli tadi dilempar ke atas meja bacaannya. Tubuhnya dihentak ke atas katil.
“Apsal aku boleh sangkut tadi..? Bila la aku dapat cakap dengan dia, tanya nama dia, duduk kat mana..? Kenapa susah sangat Yusof..? Susah sangat ke nak tanya..? Aduh.. peluang dah ada depan mata tadi, apsal tak ambik.. Bodoh..” Yusof menyumpah dirinya.
Peristiwa tadi benar-benar membuatkan dia malu sendiri. Dia tahu, semenjak dia lalu di hadapan kedai itu hidupnya benar-benar berubah. Saat dia terpandang wajah gadis bertudung litup itu, dia benar-benar merasakan dirinya bersemangat semula. Seolah-olah, tubuhnya yang dahulu selalu lemah kini semakin bertenaga. Dan, di kedai itu juga dia menghabiskan waktu merenung wajah gadis yang kaya dengan senyuman dan budi bahasa itu. Yusof tersenyum. Entah kenapa hari ini dirinya tertangkap oleh gadis itu kerana asyik merenung ke arah tuan empunya wajah itu.
“Mesti dia tengah ketawakan aku sekarang.. Betul juga kata pepatah itu, ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’..” Yusof tersenyum.


9hb Feb 06
Zulaikha memerhatikan gerak-geri pemuda yang berada di hadapannya itu. Ketawanya meletus di dalam sanubarinya .Entah kenapa dia begitu tertarik dengan gelagat pemuda itu. Sesekali pemuda itu menggaru kepala seperti dalam menghadapi suatu bebanan di dalam mindanya.
“Encik, boleh saya bantu…? Encik nampak macam ada masalah untuk memilih CD ini..” Tutur Zulaikha lembut. Pemuda itu tersenyum.
“Awak ingat tak, saya pernah beli CD kat kedai nie 2 hari lepas..?” Kening Zulaikha terangkat.
“Mungkin kot.. Saya nie bukan sorang dua orang je pelanggannya, ramai..”Balas Zulaikha acuh tak acuh. Merah muka pemuda di hadapannya itu. Sedar dirinya tersindir dengan kata-kata itu tadi.
“Oh, tak pelah kalau macam tue.. Saya ingat nak cari satu lagi yang macam saya beli 2 hari lepas..” Muka pemuda itu jelas nampak kecewa. Kecut perut Zulaikha melihat pemuda itu ingin melangkah pergi.
“Encik, maksud encik yang ini ke..?” Pemuda itu berhenti melangkah seraya berpaling ke arah Zulaikha. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat CD yang dipegang oleh Zulaikha itu.
“Ha, yang ini la saya cari..” Zulaikha senyum lalu menuju ke kaunter bayaran. Seperti 2 hari lalu, pemuda itu membontotinya.
“Rm19, encik..” Pemuda itu merenung Zulaikha sambil tersenyum. Berkali-kali Zulaikha cuba memanggil pemuda. Namun, masih tiada respon dari pemuda itu.
“Encik..” Kali ini suara Zulaikha keras. Cuba menyedarkan pemuda yang nampak sedang menggelamun itu.
“Saya suka awak..” Wajah Zulaikha kaget memandang pemuda di hadapannya itu.
“Er.. maafkan saya. Berapa harga CD nie..?” Soal pemuda tersebut gugup. Mukanya merah padam. Sedar akan ketelanjurannya tadi.
“Rm19, encik..” Balas Zulaikha lembut. Seperti biasa CD dan duit bertukar tangan. Zulaikha menatap langkah pemuda itu pergi dengan pandangan yang sukar ditafsir.


Yusof merenung dua keping CD yang masih tidak terusik. Dia betul-betul malu dengan apa yang terjadi ketika di kedai CD itu sebentar tadi. Wajah gadis itu benar-benar membuatkan dia tidak keruan. Yusof tersenyum mengingati perbuatan bodoh dan sia-sianya itu. Membeli CD hanya untuk mencipta alasan mendekati gadis itu.
“Yusof, dah makan ubat..?” Suara Mak Jah di muka pintu dibiarkan tanpa sahutan. Dia sudah bosan dengan pertanyaan itu. Daun pintu dikuak. Muncul Mak Jah dengan pandangan kasih-sayang. Sejak kecil Mak Jah merupakan tempatnya menumpang kasih apabila mama dan papanya sibuk di pejabat. Dia sendiri sudah lali dengan kesibukan mama dan papanya.
“Mak Jah, kan Yusof dah kata yang Yusof tak nak makan ubat..” Yusof merebahkan tubuhnya ke atas katil. Mukanya ditekap ke bantal. Mak Jah hanya menggeleng melihat gelagat Yusof yang tak ubah seperti kanak-kanak kecil yang sedang merenget itu.
“Yusof, dengar cakap Mak Jah..” Yusof bangun dengan malas. Botol ubat yang berada di meja kecil di sebelah katilnya itu dicapai. Lalu di telan dua biji ubat yang diambil dari dalam botol tersebut. Air masak di dalam gelas diteguk.
“Ha, macam tue la anak Mak Jah..” Mak Jah senyum. Matanya dilemparkan ke sekeliling bilik anak asuhannya itu. Matanya terhenti saat terpandang lakaran wajah seseorang di atas kertas putih yang tertampal di dinding bilik itu. Ringan saja kakinya melangkah ke arah lakaran wajah itu.
“Eh, Mak Jah tak tahu pun Yusof pandai melukis. Sejak bila Yusof pandai melukis nie..? Cantik gambar budak nie..” Yusof senyum. Teringat gadis yang bertudung litup itu.


11hb Feb 06
Zulaikha menatap wajahnya di cermin. Hari ini rombongan merisik akan bertandang ke rumahnya. Entah kenapa Zulaikha seperti dibebani satu perasaan. Dan, wajah pemuda yang sering bertandang di kedai tempatnya bekerja itu terbayang di ruang matanya. Peristiwa 2 hari lalu benar-benar begitu menghantuinya.
“Saya suka kat awak..” Kata-kata itu masih terpahat di dalam fikirannya. Zulaikha ketap bibir. Kak Zu di sebelah tersenyum melihat Zulaikha yang bertudung litup itu. Nampak ayu dengan solekan tipis di wajahnya.
“Zulaikha, kenapa kakak tengok muka Zulaikha muram je dari tadi..? Ceria la sikit.. Rombongan merisikkan nak datang hari nie kan..?” Zulaikha menghadiahkan senyuman kelat.
“Kak, Syed Zarif tue macam mana orangnya..?” Soal Zulaikha resah. Kak Zu tersenyum. Wajah adiknya itu ditatap.
“Kak Zu rasa betul ke tindakan Zulaikha nie..? Zulaikha rasa macam... Er.. Entahlah..” Dahi Kak Zu berkerut.
“Zulaikha, kenapa nie..? Cerita dekat kakak, sayang. Apa dah jadi..?” Zulaikha membatu. Sukar untuk membuat kakaknya itu mengerti.
“Zulaikha tak dapat nak terima Syed Zarif.” Satu ayat itu terpancul dari mulut manis Zulaikha. Semua yang menunggu di dalam bilik kaget. Zulaikha ketap bibir.


25hb Feb 06
Zulaikha menunggu dengan resah. Menunggu kedatangan pemuda yang dulu kerap berkunjung di kedai ini. Masuk hari ini hampir 2 minggu pemuda tersebut tidak muncul di kedai ini.
“Mungkin dia segan dengan kejadian hari tue kot..” Tafsir Zulaikha sendiri. Dia menuju ke kaunter bayaran apabila menyedari pelanggannya mula bertambah.
“Hai..” Zulaikha tersentak. Suara itu begitu dikenalinya. Pemuda itu tersenyum memandang Zulaikha yang nampak kaget dengan kedatangannya itu.
“Oh, awak..” Zulaikha tersenyum.
“Saya nak..”
“Oh, saya tahu.. Awak nak CD yang macam hati tue kan.Saya dah sediakan untuk awak..” Dahi pemuda itu berkerut melihat Zulaikha yang kelam-kabut menghulurkan CD yang sama seperti sebelum ini.
“Harganya Rm19, encik..” Pemuda itu tersenyum sambil menghulurkan wang yang dipinta. Pemuda itu berlalu seperti biasa. Tetapi kali ini dia berpaling memandang Zulaikha yang sedang asyik merenung ke arahnya tanpa pengetahuaannya. Muka Zulaikha memerah.


Seperti biasa, Yusof melemparkan CD ke meja tulisnya. Bengang dengan kelemahannya yang kerap tewas dengan perasaannya sendiri. Entah kenapa dia begitu berat untuk meluahkan perasaannya terhadap gadis bertudung litup itu tadi. Sehelai kertas putih dan pensel dicapai. Perlahan-lahan dia melakar wajah gadis itu. Entah kenapa pada pandangannya, wajah gadis itu begitu unik. Redup apabila memandangnya. Senyuman yang sentiasa mekar itu sentiasa menghiasi wajahnya yang begitu mengasyikan.
“Ya Tuhan, terima kasih kerana menemukan aku dengan seorang gadis yang begitu membuatkan aku terpesona dengan kejadian-Mu yang tiada cacat celanya. Kau terlalu hebat dan penyayang Ya Allah.. Aku berterima kasih pada-Mu yang memberi aku kesempatan untuk menyelami apa itu makna sebuah percintaan sebelum aku menutup mata ini buat selama-lamanya..” Yusof memejam mata. Tangannya masih ligat menyiapkan lakaran wajah gadis misteri yang berjaya menyentuh naluri remajanya. Namun, kepalanya semakin berat. Perlahan-lahan tangannya terkulai. Jari-jarinya melepaskan pensel yang tadi enak menari mengikut irama gerak jemarinya. Kini tidak lagi menari ligat. Yang hanya sempat didengar, jeritan Mak Mah yang semakin kuat beserta tangisan. Dan segala-galanya gelap-gelita selepas itu.


4hb Mei 06
Zulaikha mengeluh. Setiap kali menyedari ada pelanggan yang berkunjung di kedai ini, dia akan memandang di pintu utama. Cuba mencari pemuda yang selalu berkunjung di sini 3 bulan yang lalu. Tetapi hampa. Entah kenapa, semangat untuk dia terus hidup hilang sejak bayangan pemuda itu lenyap selepas membeli CD di kedai ini buat kali ketiga.
“Mugkin dia tak suka pada aku kot.. Mungkin selama ini, tujuan dia datang ke kedai nie bukan seperti yang aku fikirkan. Aku je yang bertepuk sebelah tangan..” Detis hati Zulaikha perlahan.
“Zulaikha, apa yang dimenungkan tue..?” Zulaikha tersentak. Kak Kuza pemilik kedai CD dan kaset itu menegur mesra. Zulaikha tersenyum sambil menggeleng.
“Zulaikha tolong kakak kemas bahagian CD lagu kat rak sebelah sana boleh..?” Pantas Zulaikha mengangguk lalu kakinya melangkah ke tempat yang ditunjuk oleh Kak Kuza itu. Dia tersentak apabila memandang CD itu. CD yang sering dibeli oleh pemuda yang misteri itu. Yang membuatkan hati wanitanya berkocak. Masih dia ingat akan kata-kata yang keluar dari bibir nipis pemuda itu.
“Saya suka awak..”
Pak.. Zulaikha tersedar dari lamunan apabila CD yang sedang disusunnya itu terjatuh ke lantai. Pantas tangannya mencapai CD tersebut yang kini berada di bawah rak CD tersebut. Tangannya mereba-raba, cuba mencapai CD yang jatuh tadi. Lain yang dicapai, lain yang dapat. Bulat mata Zulaikha memandang dompet yang kini berada di tapak tangannya kini.
“Sapa pulak yang tercicir dompet nie..? Macam dah lama je dompet nie kat bawah nie.. Tengok, penuh dengan habuk..” Zulaikha mengusap perlahan dompet itu. Membuang debu-debu yang melekat di dompet itu. Segera di buka dompet itu, cuba mencari identiti sebenar pemilik dompet tersebut. Tersentak Zulaikha melihat gambar kad pengenalan pemilik dompet itu. Zulaikha telan liur.


5hb Mei 06
Zulaikha mengeluh. Kerja ini benar-benar gila. Entah kenapa dia berasa bertanggungjawab untuk memulangkan dompet tersebut. Sehingga dia mengambil cuti separuh hari dari majikannya untuk memulangkan dompet tersebut. Berpandukan alamat yang tentera di kad pengenalan pemilik itu, Zulaikha melangkah penuh yakin menjejaki alamat itu. Kini,dirinya berada di hadapan sebuah rumah banglo yang tersergam indah. Ternganga mulutnya melihat banglo yang berada di hadapannya kini.
“Ye, cik.. Boleh saya bantu..?” Seorang wanita yang agak berusia menegurnya. Zulaikha tersenyum.
“Er, boleh saya berjumpa dengan Encik Yusof..?” Soal Zulaikha gugup. Serta-merta wajah wanita itu berubah. Perlahan-lahan wanita itu menghampirinya. Wajah Zulaikha diusap lembut. Zulaikha hanya membatu.
“Betul-betul, serupa.. Betul-betul cantik..” Dahi Zulaikha berkerut merenung wajah wanita itu.
“Apa maksud, mak cik..?” Wanita itu tersenyum. Jari-jemarinya menggengam jemari Zulaikha kemas. Zulaikha kaget.
“Mari ikut mak cik, nak..” Zulaikha hanya menurut.


Air mata Zulaikha gugur membasai pipi lembutnya. Mak Jah di hadapan mengesat air mata di pipi dengan lengan baju.
“Arwah ada sakit barah otak.” Mak Jah cuba menahan sedunya. Zulaikha ketap bibir. Cuba menahan air mata dari terus mengalir.
“Arwah Yusof balik dari pemeriksaan dan kemoterapinya lepas seminggu dia pengsan. Dia terus tak keluar bilik. Sibuk melakar gambar-gambar kamu. Kata arwah Yusof, kamu akan datang cari dia sebab cinta dia pada kamu benar-benar suci dan ikhlas. Memang benar kata Yusof, kamu datang juga selepas sebulan pemergiaannya..” Air mata Zulaikha semakin laju mengalir. Matanya menatap lakaran wajahnya sendiri yang banyak bertampal di dinding bilik arwah Yusof itu.
“Zulaikha, Mak Jah pergi buatkan air untuk kamu. Kamu duduk la sini dulu..”Zulaikha mengangguk lemah. Hari ini dia benar-benar tidak bermaya.Matanya terhenti pada CD yang tersusun rapi yang berada di atas meja tulis. Dia mendekati meja tulis itu. Zulaikha mengeluh apabila melihat plastik CD itu masih seperti dulu. Tangannya mencapai CD yang buat kali terakhir Yusof dan dia bertemu dahulu. Cover CD itu di buka. Sekeping surat yang dicoret olehnya dahulu untuk Yusof jatuh dari cover CD tersebut. Perlahan-lahan surat itu dibuka.Dia percaya, Yusof tidak menyentuh surat ini. Apatah lagi membaca kandungan surat itu.

Kehadapan pemuda misteri,
Saya juga amat menyukai awak..- Zulaikha.

“Ya Allah, inikah takdir cinta kami..?” Zulaikha menangis lagi.


8hb Mei 06
Zulaikha menutup surah Yaasin. Air mawar disiram di atas pusara Yusof. Hatinya berat untuk meninggalkan pusara itu. Pemuda yang pertama berjaya menawan hatinya yang begitu luhur. Dalam diam, dia amat mencintai pemuda itu.
“Assalamualaikum..” Salam tersebut di jawab Zulaikha dengan penuh sopan. Segera badannya dipaling ke belakang. Bulat mata Zulaikha merenung pemuda yang berada di hadapannya kini.
“Yusof..?” Pemuda itu tersenyum.
“Maafkan saya, Zulaikha. Saya Syed Zarif..” Pemuda itu memperkenalkan diri. Zulaikha kaget.
“Mana mungkin Yusof muncul semula, Zulaikha.. Banyakkan berselawat.. Tapi kenapa muka mereka sama benar? Ya Allah, apakah ini takdir yang telah kau tentukan untuk hamba-Mu yang hina ini..?” Wajah Syed Zarif dipandang sekilas, lalu segera merendahkan pandangannya apabila dilihat Syed Zarif tidak selesa dengan pandangannya itu.
“Mungkin kita tak pernah jumpa sebelum ini. Maaf kerana menganggu… Tapi, saya ada perkara penting yang ingin dibincangkan dengan awak..” Sambung Syed Zarif lagi.
“Ada apa, Syed Zarif..? Saya bersedia untuk berbincang..” Ujar Zulaikha lembut. Syed Zarif tersenyum. Senyuman itu benar-benar mengingatkan Zulaikha terhadap Yusof. Dada Zulaikha sebak.
“Saya faham kenapa Zulaikha tolak pinangan saya suatu ketika dahulu. Maafkan saya kerana terlalu tergesa-gesa untuk meminang Zulaikha tanpa usul periksa. Peminangan itu saya serahkan segala-galanya pada ummi dan abbi saya. Maaf, kerana ketika itu saya masih lagi di Mesir meneruskan pengajian. Kematian rakan Zulaikha turut melahirkan rasa simpati terhadap kehilangan Zulaikha..” Entah kenapa air mata Zulaikha mengalir perlahan.
“Mungkin ini terlalu awal. Tapi, sudikah Zulaikha menemani saya dalam menjalani kehidupan dan takdir yang telah Allah tentukan untuk setiap makhluk ciptaannya sebagai permaisuri di hati saya..?” Zulaikha hanya membatu. Dia juga tidak mengerti mengapa lidahnya begitu kelu untuk berkata-kata. Syed Zarif hanya tersenyum melihat reaksi itu. Dia mengangguk. Faham dengan keputusan Zulaikha itu sendiri.
“Jika begitu, saya pulang dulu Zulaikha. Saya faham.. Assalamualaikum..” Syed Zarif terus melangkah pergi tanpa berpaling.
“Syed Zarif…” Laungan itu benar-benar mengejutkan Syed Zarif. Bulat matanya melihat tubuh Zulaikha kian rebah menyembam tanah.


28hb Jun 08
“Yusof, jangan berlari sayang. Nanti jatuh…” Tegur Zulaikha lembut. Yusof hanya tersenyum melihat umminya itu. Zulaikha terkejut saat pinggangnya dirangkul kemas.
“Abang, segan la saya kalau orang pandang nanti..” Lengan suaminya ditepuk mesra. Syed Zarif hanya tersenyum.
“Apa salahnya..? Kita kan dah kahwin..” Pipi Zulaikha dikucap lembut.
“Abang, terima kasih kerana bahagiakan Zulaikha selama ini..” Zulaikha membalas pelukan suaminya itu. Bumi Anbia itu menjadi saksi cinta mereka.
“Abang pun nak berterima kasih pada isteri abang ini.. Zulaikha Az-Zahra..” Zulaikha tersenyum bahagia. Kepalanya didongak ke langit. Zulaikha terseyum. Al-Fatihah untuk arwah Yusof. Semoga dia bahagia di‘sana’…


Saturday, 3 May 2014

Cerpen: Rahasia Hati

“Sakit lagi ke..?” Soal dia sambil memerhati luka di lututku yang sudah disapu ubat. Aku menggeleng perlahan. Hanya mengetap bibir sambil memerhatikan gelagatnya yang penuh teliti merawat lukaku.
“Erm.. apalah nasib aku nie..? Selalu bernasib malang. Nie dah masuk kali ketiga aku dok tersungkur..” Keluhku perlahan.
“Kalau aku cakap sikit boleh tak..?” Aku yang tersentak memandang tepat ke wajahnya dengan mata terkebil-kebil.
“Kau tue yang bodoh. Sepatutnya kau kena hati-hati sikit.. Aku dah cakapkan, main basketball nie kena stamina kuat. Cuba jadi kuat sikit. Ini lembik macam sotong..” Ceramahnya panjang lebar. Aku mencebik. Cam good-good jek mamat nie..
“Ha, tengok tue.. Bila aku cakap mencebik. Aku pun tak tau nak cakap apa kat kau nie..”
“Ala, tue pun kira okey la aku reti main basketball. Bukan cam kau. Kaki bangku…”
“Ewah, ewah.. Sedap kau libatkan nama aku ye..” Dan, ‘peperangan’ itu berlanjutan hingga masing-masing kehabisan ‘modal’ untuk ‘berdebat’.



 “Aaa.. coomm..” Diana kesat hidung dengan sapu tangan. Cuaca hari ini benar-benar menyesakkan. Dia merenung jam tangan. Kemudian mengeluh. Matanya mencari kelibat seseorang di dalam hujan lebat itu. Suasana di tempat menunggu bas itu lenggang. Beberapa orang pelajar sudah beransur pulang dan kini perhentian bas itu hanya dihuni oleh dirinya sendiri.
“Argghh.. mana pulak la si Adam nie..? Janji nak ambil pukul 5. Nie dah 5.30..” Detis hati kecilnya kerisauan. Hari semakin gelap. Guruh dilangit tanpa segan-segan berdentum seakan-akan menyorak langit supaya memuntahkan hujan.
Salahnya juga tadi. Sepatutnya dia perlu teliti dalam kajian cuaca. Semalam dalam berita pun sudah dimaklumkan oleh Jabatan Kaji Cuaca yang hari ini hujan lebat. Dia tepuk dahi.
Hari ini dia terpaksa pulang lewat selepas sesi persekolahan. Ada latihan bola keranjang. Terpaksa membiarkan Adam pulang ke rumah bersendirian.
“Uhuk, uhuk..” Dia tersentak saat terdengar batukan itu. Cepat-cepat matanya terarah pada susuk tubuh yang baru sahaja tiba dan mengambil tempat tidak jauh dari tempatnya duduk. Matanya terkebil-kebil.
“Peh, abang senior kelas 5 Ixora tue la..” Dia tersengih. Er, kacak jugak..
Suasana senyap sunyi. Diana telan-liur. Sesekali matanya menjeling ke arah jejaka itu. Bukan calang-calang orang. Semua junior perempuan kat sekolah tergila-gila ke dia. Iskandar Shah.. Siapa tak kenal..?
“Lewat pulang hari nie..?” Dia tersentak. Cam tau-tau jek aku tengah ngusha dia.. Namun segera tersedar. Ada bunga yang berkembang di hati..
“Er, ada latihan basketball tadi..” Jejaka itu tersenyum sambil mengangguk faham.
“Saya nampak tadi..”
“Er..??” Kening Diana terangkat.
“Saya nampak awak main basketball tadi. Kebetulan saya ada latihan basketball jugak. Kita main kat court sebelah-sebelah. Kalau awak perasan la..” Diana mengangguk faham.
“Owh, tak perasan pulak..” Entah kenapa jawapan itu mengundang merah di wajah jejaka tersebut. Diana ketap bibir. Aik, aku salah cakap ke..?
Suasana kembali senyap sunyi.
“Er, saya nak berangkat dulu..” Ujar si Abang Senior seraya bangun dari kerusi batu itu.
“Eh, dalam hujan macam nie nak balik..? Kalau ye pun tunggu la berhenti dulu..” Diana cuba membantah. Lepak dulu, brader.. Gua tak tau lagi nama lu..
“Ala, bukan lebat sangat dah hujannya. Dah reda sikit. Boleh la kalau nak redah..” Diana mengangguk faham. Dia tersengih malu.
“Owh, ye.. Kalau awak nak guna payung nie ambik la..” Abang Senior menghulur payung biru yang dikeluarkan dari dalam begnya.
“Er, habis tue..”
“Tak pe, jangan risau.. Saya boleh redah je. Rumah saya dekat je dari sini..” Akhirnya, payung biru itu bertukar tangan. Diana memerhati susuk tubuh itu hingga hilang dari pandangan.
Tak sampai 5 minit Adam sampai dengan motornya. Ketika itu muka Diana menunjuk reaksi protes.
“Awal kau ambik aku..? Apsal kau tak ambik pukul 7 terus..?” Perli Diana bengang.
“Ekeleh, minah nie.. Banyak cakap pulak. Nasib baik aku ambik. Kalau aku tak ambik, tak ke naya kau mati kering kat sini..” Diana mencebik. Ada jek ayat yang menyakitkan hati aku dia keluarkan.. Poyo betul la mamat tak guna nie..
“Janji pukul 5.. Sekali pukul 6 dia ambik.. Betul kata Dr. M.. Janji melayu tak boleh pakai..”
“Yang kau membebel macam orang bodoh nie kenapa..? Kau nak naik ke tidak..? Kalau banyak songeh sangat, lain kali jalan kaki. Redah je hujan tue..”
“Nanti demam pulak..”
“Ah, demam je.. Bukan mati pun. Hujan turun keluar air, bukan keluar api pun..” Diana ketap bibir. Tanpa banyak soal dia terus membonceng di belakang Adam. Entah apa yang menganggu fikiran mamat nie, aku pun tak tau.. Tiba-tiba jek moody tak tentu pasal. Datang bulan kot.. Sekali aku kasik susu, dia balas tuba daa..
“Tak payah nak mengumpat aku dalam hati.. Ngumpat jek depan-depan..” Oppss.. dia tau kew aku tengah ngumpat dia. Diana tekup mulut.



 “Diana, hari nie training cancel tau..” Diana mengangguk perlahan. Kata-kata Laila ditolak ke tepi. Dia memerhati sekeliling. Cuba mencari sesuatu.
“Kau cari siapa, Diana..?” Dia tersentak. Laila di sebelah merenungnya hairan.
“Er, tak de.. Aku cari.. er..” Diana telan liur.
“Adam, ke..?”
“Ha, ye.. Aku memang cari Adam pun..” Cepat Diana mengakuinya supaya Laila tidak mengesyaki sesuatu.
“Eh, bukan ke Adam memang tak datang sekolah hari nie.. Tak kan kau tak tau.. Diakan kau punya neighbour.” Kening Diana terangkat. Adam tak datang sekolah..? Aik, sejak bila pulak budak tue reti ponteng sekolah..?
“Haah la.. Aku terlupa pulak..” Diana tepuk dahi.
“Dah la.. Aku tengok kau nie cam lain je.. Jom, karang lepas pulak bas..” Diana mengeluh saat lengan kirinya ditarik oleh Laila ke perhentian bas. Sementara tangan kanannya menggenggam payung berwarna biru itu erat dengan wajah yang hampa.




 “Terima kasih sebab bagi pinjam payung nie..” Ucap Diana sambil tersenyum.
“Sama-sama..”
“Maaf la sebab lambat pulangkan payung nie.. Sepatutnya saya pulang semalam.. Dah 3 hari payung nie kat saya..”
“Owh, tak pe.. Saya tak kisah pun, Diana..” Diana tersentak. Dia tahu nama aku..? Huh, cam ada chance jek..
“Er..” Suasana senyap seketika. Masing-masing kehilangan kata-kata.
“Boleh saya ajak Diana keluar petang Khamis nie..?” Diana telan liur. Ajak keluar..? It’s mean a date..?
“Kalau Diana tak sudi tak pe la.. Saya tak kisah..”
“Er, boleh..”
“Okey, kalau macam tue kita jumpa lepas sekolah.. Tunggu saya kat pagar depan..” Iskandar Shah terus beredar dari situ. Malu barangkali. Diana hanya mampu tersenyum bangga.



 “Eh, hari nie bawak basikal, Diana..?” Soal ibu hairan sambil memerhati anak gadisnya yang sibuk mengeluarkan basikal dari stor lama di tepi rumah. Hairan bertandang kerana biasanya anak gadisnya itu akan menunggu si Adam untuk membonceng motosikal pemuda itu ke sekolah.
“Hah, Diana nak naik basikal hari nie.. Diana nak keluar jalan kat taman dengan kawan Diana balik sekolah nanti. Boleh tak, bu..?” Ibu kerut kening.
“Dengan sapa, Diana..?”
“Dengan kawan Diana lar..” Balas gadis itu selamba sambil mencapai tangan ibunya seraya mencium lembut belakang tapak tangan itu.
“Diana pergi dulu, bu..” Ibu hanya menggeleng perlahan. Belum sempat dia melangkah masuk ke rumah, telinganya menangkap deruan enjin motosikal.
“Diana dah ke sekolah.. Dia naik basikal tadi..” Laung ibu. Adam mengangguk perlahan sambil tersenyum ramah.



 “Yang kau sibuk sangat kenapa..?” Diana menyoal bengang. Bengang dengan sikap Adam yang tidak mahu memahami.
“Aku tanya je.. Bukan menyebuk..”
“Dah kalau kau tanya perkara peribadi aku, bukan ke itu penyebuk namanya..?” Soal Diana keras. Adam sedikit tersentak. Tetapi dia bijak mengawal perasaan itu.
“Aku cuma nak tahu, apsal ko nak naik basikal ke sekolah hari nie.. Apsal kau tak bagitahu aku awal-awal..?At least aku tak de la buang masa tercongok depan rumah kau macam orang bodoh..” Suara Adam meninggi. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang di koridor kelas sesekali menjeling ke arah mereka berdua.
“Aku ada date lar petang nie, bodoh..” Ujar Diana kasar dan terus berlalu pergi. Adam ketap bibir. Date? Dengan lelaki malang mana pulak?
“Owh, kau berlagak dengan aku ye..? Kau tengoklah akibatnya..” Ancam Adam. Diana yang sudah melangkah jauh hanya menjelir cuba mengajuk ancaman Adam itu. Adam menyumpah bengang.



Diana ketap bibir. Dia dah dapat agak angkara siapa yang membuat kerja bodoh itu. Dia hentak kaki protes. Adam di atas motorsikal hanya tersengih.
“Tue sebab jangan berlagak sangat dengan aku.. Konon nak pergi date.. Entah lelaki malang mana yang sangkut kat kau aku pun hairan..” Diana mencebik.
“Adam, aku bukan kacau kau pun.. Kau nie suka buat aku marah lar.. Aku betul-betul benci kau..” Teriak Diana hampir menangis. Adam tersengih bangga.
“Sabar, Diana.. Kau macam tak biasa je.. Jom aku tolong kau.” Laila di sebelah cuba menengangkannya. Bukan dia tidak tahu dengan sikap Adam yang gila-gila itu. Dia cukup arif dengan pemuda itu. Ada saja jalan untuk menyusahkan sahabatnya itu.
“Boleh ke korang turunkan basikal tue..?Silap-silap ada jugak yang tersangkut kat atas sekali..” Adam masih menganjing. Laila dan Diana cuba sedaya-upaya untuk menurunkan basikal yang disangkut oleh Adam di dahan pokok mempelam di luar pagar sekolah itu. Walaupun dahannya tidaklah tinggi mana, tapi untuk menurunkan basikal yang tersangkut itu dengan mudah agak mustahil.
“Diana, kenapa nie..?” Satu suara mengejutkan mereka bertiga.
“Err.. Awak..” Diana tersentak saat terpandang Iskandar Shah bersama basikalnya meluru ke arahnya.
“Kenapa dengan basikal awak?”
“Er..” Diana merenung ke arah Adam. Wajah Adam berubah corak.
“Tak pe, awak boleh tumpang saya..” Ujar Iskandar Shah.
“Saya janji hantar awak balik..” Sambungnya lagi. Tanpa bersuara, Diana menghampiri jejaka itu. Adam ketap bibir. Motorsikalnya dihidupkan dengan marah.
“Laila, nak aku hantar balik tak..?”Laung Adam kuat. Sengaja ditekan kuat ayat itu berharap Diana mengerti corak perubahan nadanya itu. Laila mengangguk perlahan.
Tanpa menoleh, Diana membonceng jejaka itu. Sementara Adam merenung pasangan itu melalui cermin sisi motorsikalnya dengan pandang yang sukar ditafsir.



Diana tersenyum saat terpandang Iskandar Shah datang dengan membawa dua batang aiskrim ke arahnya.
“Sorry, lambat sikit..” Ujar Iskandar sambil menghulur aiskrim ke arahnya.
“It’s okay..”
“Ermm..” Suasana sunyi bertandang. Diana memerhati di sekeliling taman. Beberapa orang kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran mencuri minatnya.
“Sorry, saya kekok sikit..” Akhirnya jejaka itu bersuara jua. Diana tersenyum lucu.
“Tak pe, saya tak kisah.. Dah selalu sangat saya jumpa dengan orang yang ramah..” Diana bersuara dengan senyumannya masih bersisa.
“Maksudnya..?”
“Macam kawan baik saya, Adam.. Ramah sangat. Sampai 24 jam tak berhenti bercakap. Jumpa je dia mesti bergaduh. Tak sah kalau tak bergaduh.” Wajah Adam yang muram sebentar tadi bertandang. Marahkah Adam padaku?
“Kalau awak nak tahu, dia lar yang sangkut basikal saya kat pokok tadi. Marah sangat naik basikal ke sekolah tak bagitahu dia..” Sambung Diana.
“Dah lama ke kawan dengan dia..?”
“Kami kawan sejak zaman sekolah rendah lagi. Lagipun, Adam tue jiran saya. Family kitorang dah macam satu family..” Iskandar Shah mengangguk perlahan.
“Awak nak tahu, dulu masa kecik-kecik dia memang nakal. Ingat lagi, masa balik dari mengaji kat surau malam-malam dia selalu curi telekung mak dia. Lepas tue dia sergah budak-budak balik mengaji.. Kelakar giler. Dari dulu, sampai sekarang.. Nakal dia tak pernah hilang.. Walaupun sekali-sekala ada jugak bengang dengan dia. Dahlah kasar. Dia suka buli saya. Tapi, dia tetap baik hati. Tulah kawan baik saya dan..”
“Orang yang paling istimewa bagi awak..” Potong Iskandar Shah sambil tersenyum. Diana tersentak. Istimewa..? Dia ketap bibir. Entah kenapa ada sesuatu yang menganggu perasaannya.



 “Macam mana..?Next time nak keluar lagi..?” Diana tersenyum dengan pertanyaan itu. Hatinya berbunga. Tanpa jawapan dia melangkah ke pagar rumahnya.
“I’m still waiting..” Iskandar Shah bersuara lagi.
“Boleh..” Balas Diana perlahan.



 “Iskandar Shah, senior yang glamour tue ke..? He invite you for a second date..? What a surprise..??” Diana tersenyum melihat mata si Laila yang bulat menandakan di begitu terkejut. Dia mengangguk perlahan.
“So, aku nak mintak tolong kau carikan dress apa yang sesuai untuk aku keluar date dengan putera aku tue..” Laila tersenyum lebar.
“Oh, don’t worry my dear.. Serahkan pada aku je..” Diana mengangguk perlahan. Dia percaya yang Laila akan membantunya.
“Oh, kau dah bagi tahu kat Adam tak..? Kang tak pasal-pasal basikal kau naik pokok lagi..” Diana tersentak. Adam..? Yup, hampir terlupa tentang dia. Dah lama tak lepak dengan Adam. Mana budak tue ye..?
“Diana..”
“Er, aku rasa tak perlu kot..”



 “Amacam..? Dah siap belum tugasan kau..?” Iskandar Shah tersentak. Dia mengeluh saat terpandang Joe dan Burn yang menghampirinya. Ketika itu mereka di belakang makmal sekolah. Plastik minuman yang sudah tiada isi dilempar ke tepi longkang.
“Dah..” Balasnya sepatah.
“Huh, abang Romeo kita macam ada problem je.. Apa kes nie, bro..?” Soal Burn. Joe di sebelah hanya tersengih.
“Entahlah, aku rasa serba-salah la pulak..”
“Apsal, bro..? Minah tue tolak ke second date ko..?”
“Bukan, aku rasa macam orang bodoh la mainkan orang macam nie..” Iskandar Shah bangun.
“Huh, nampaknya ada orang dah insaf.. Apsal, Is..? Kau dah sangkut ke dengan minah tue..? Kau tak sayang dengan RM500 kau..?Ingat, Is.. Satu date, RM500..” Iskandar Shah berdegus bengang.
“Okeylah, macam nie.. Kitorang tak kisah.. Tapi, kau fikir la sendiri. Kalau rasa nak cancel, baik kau batalkan second date kau dengan minah tue cepat.. Jangan pulak biar dia tertunggu. Esok dah Khamis, bro..” Iskandar Shah ketap bibir. Tanpa mereka sedari, ada telinga yang mencuri dengar perbualan itu.



Krrrrinnnngg.. Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang. Suasana kelas 4 Orked hinggar-bungar. Diana dan Laila cepat-cepat berkemas untuk pulang. Ada misi yang perlu diselesaikan. Wajah Diana benar-benar ceria. Mereka terus bergegas ke pintu pagar sekolah.
“Diana.. Diana..?” Laung Iskandar Shah kuat. Namun, sikit pun tidak diedahkan oleh gadis itu. Tidak dengar barangkali. Maklumlah, di tengah-tengah orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke pintu utama.
“Diana..” Iskandar Shah cuba mengejar gadis itu. Namun hampa. Dia mengeluh berat.



 “Betul ke apa yang kau cakapkan ni, Laila?” Dahi Diana berkerut. Cuba menangkap setiap cerita yang keluar dari mulut temannya itu. Laila mengangguk cepat.
“Aku tahu daru akak senior. Diorang cerita, Iskandar tu memang macam tu. Dia suka tackle orang sebab duit. Lepas dia berjaya dia tinggal la perempuan tu.” Ujar Laila. Diana ketap bibir. Dia mula rasa ragu-ragu untuk mempercayai kata-kata rakannya itu.
“Kau tahu, Adam pun dah tau pasal niat Iskandar tu. Dia yang suruh aku nasihat kau supaya jangan percaya lelaki tu.”
“Hish, tapi tak mungkin la Laila.. Aku rasa Iskandar tu ikhlas nak kawan dengan aku.” Diana merenung rakannya itu. Hatinya mula membuat kesimpulan bahawa rakannya itu mempunyai niat jahat terhadapnya. Diana mengeluh berat.
“Diana, kau ni kenapa bodoh sangat? Laila dah cerita kat kau kan apa niat sebenar si jantan tak guna tu? Yang kau percaya mati-mati lelaki bodoh tu kenapa? Aku tak tahu sapa lagi bodoh. Antara dia ke engkau..” Dia tersentak. Entah bila Adam muncul.
“Eh, kau siapa nak halang aku berkawan. Peduli apa aku. Ikut suka hati aku la nak kawan dengan siapa pun. Kau tak payah nak tunjuk kau hebat. Macam kau baik sangat..” Diana menyeringa. Bengang dengan tomahan kasar dari lelaki itu.
“Diana, kau ni memang bodoh. Aku tak nak kau kecewa..”
“Hey, pergi mampus la..” Bentak Diana sekuat hati. Beg sekolahnya dicapai lalu meninggalkan kedua rakannya. Hatinya benar-benar bengang. Marah dengan tuduhan melulu rakan-rakannya itu.



Diana merenung ke tengah kolam air pancut. Dia tersenyum. Jam menunjukkan tepat pukul 5.15 petang. Ala, jap lagi sampai la.. Cuba menyejukkan hatinya. Dia mendongak ke langit. Langit mendung. Seperti cemburu dengan si gadis yang sedang setia menunggu si puteranya. Orang ramai yang berkunjung ke taman bunga kebanyakannya ingin beransur pulang saat dentuman guruh kedengaran menandakan si langit bakal mencurahkan isi yang dikandungnya sekian lama. Diana mengeluh. Sudah setengah jam dia berdiri di situ. Masih tiada sebarang tanda-tanda si putera bakal tiba. Diana ketap bibir. Kata-kata rakan-rakannya sebentar tadi menjelma kini. Sedar yang putera idamannya itu tidak akan tiba.



Tubuhnya menggigil saat hujan lebat menimpa dirinya tanpa belas kasihan. Tubuhnya lecun. Dia berpeluk tubuh.
“Apsal kau nie bodoh sangat..? Berdiri macam orang hilang akal dalam hujan nie, kenapa..?” Diana tersentak. Adam tiba sambil menghulurkan payung yang sudah terbuka. Diana tersenyum kelat. Tubuhnya menggigil.
“Dah tahu hujan, apsal kau tak bawak payung sendiri. Pastu, mula menyusahkan orang. Nanti deman siapa yang susah..? Nah, ambik payung nie..” Diana hanya terkaku memandang Adam. Air matanya mengalir perlahan.
“Nie kan hujan je.. Bukan api pun. Hujan air je. Kalau kena pun boleh deman je, bukan mati pun..” Diana mengajuk ayat yang suatu ketika dulu pernah diucap oleh jejaka itu. Dia tersenyum kelat.
“Tapi, air hujan tak dapat hakiskan segala duka. Walaupun kau berdiri macam orang bodoh kat dalam hujan nie..” Ujar Adam perlahan. Entah mengapa dada Diana dilanda sebak. Cepat dia memeluk jejaka itu dan menangis hiba di bahu jejaka itu.


Thursday, 1 May 2014

Cerpen: Cinta Dalam Hati

Didi menarik nafas. Dadanya sesak. Dia memandang ahli kumpulannya yang lain. Kelihatan semuanya resah menanti giliran persembahan mereka selepas ini. Hari ini sejarah tercipta apabila mereka terpilih ke peringkat akhir dalam pertandingan ‘Battle of the band’ ini.
“Didi, kau okey tak..?” Didi memandang ke arah Benz sambil mengukir senyum paksa. Benz menghampirinya.
“Benz, aku rasa macam tak okey la sekarang. Kaki aku ketar giler nie..” Muka Benz berkerut. Dia memandang ahli kumpulan yang lain. Sham, Kaduk dan Kuzer memandang sesama sendiri.
“Didi, kalau kau rasa tak okey kita boleh tarik diri. Masih sempat lagi nie..” Kaduk bersuara tiba-tiba. Yang lain terlopong.
“Haah, lagipun kita dapat masuk final kira okey la tuh..” Kuzer, kembar Kaduk pula bersuara. Sham dan Benz mengangguk perlahan. Didi menelan liur. Tak mungkin.. Tak kan sebab aku diorang nak berkorban. Dah pergi sejauh nie, sayang kalau nak tarik diri.. Didi gigit bibir.
“Baiklah, saya persilakan kumpulan terakhir pada malam ini untuk membuat persembahan. Dipersilakan.. ‘Five Star’..” Tepukan dan jeritan penonton bergema di dalam dewan selepas pengumuman dibuat oleh pengacara majlis pada malam itu. Didi tersentak saat jari-jemari Benz menyentuh jemarinya.
“Didi, kau kena buat keputusan sekarang. Kami tak kisah apa sahaja keputusan kau..” Benz bersuara. Yang lain hanya mengangguk. Didi merenung wajah rakan-rakannya dengan sayu.
“Jom, penonton semua tengah tunggu kita. Bukan sikap kita mengecewakan penonton..” Didi bersuara sambil tersenyum. Sham, Kuzer dan Kaduk tersenyum lebar. Memang itu yang ditunggu oleh mereka.
“Jom..” Mereka terus naik ke pentas. Bulat mata Didi melihat betapa ramainya penonton malam itu. Dia menuju ke hadapan pentas lalu mencapai mikrofon. Didi menoleh kebelakang mencari Benz yang bermain di bahagian bases. Benz mengukir senyuman dan menaikkan ibu jarinya ke atas. Didi telan liur. Mikrofon dicapai. Perlahan-lahan matanya dipejamkan. Entah kenapa dia berasa tenang. Amat tenang…

Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
Seperti malam-malam
yang sudah-sudah..

Hati ini selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupus..

Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya

Mawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus..

Lagu ‘Munajat cinta’ nyanyian asal The rock Indonesia itu Didi nyanyi dengan tenang sekali. Sorakan penonton bergema. Didi tersenyum puas. Pasti malam ini tidurku lena..



Didi menggeliat malas saat terdengar ketukan di pintu biliknya. Dia mengeluh. Ala, mesti si Nani nie.. “Nani, saya nak tidur lagi. Awak tolong jangan kacau saya. Awakkan tahu malam tadi saya balik rumah pukul berapa..” Laung Didi dari atas katil. Ketukan di pintu terhenti.
Didi menghentak lembut kepalanya ke bantal semula. Kedengaran pintu dikuak. Didi tak ambil pusing. Malam tadi selepas meraikan kemenangan kumpulannya, Sham ajak lepak di rumahnya. Padahnya, Didi pulang awal pagi ke rumah. Didi mengerang kecil apabila pipinya dielus lembut. Marah tidurnya dikacau. Akhirnya, Didi membuka mata melihat siapa yang cuba mengganggu tidurnya itu.
“Hai, sayang..” Bulat mata Didi melihat Iqram di hadapannya. Cepat-cepat dia memeriksa keadaan dirinya. Bimbang waktu itu dia sedang beraksi lucah barangkali. Nasib baik dia masih berseluar jeans dan bert-shirt yang dipakai malam tadi. Baru dia teringat semalam pulang terus dia panjat katil hingga baju pun tak sempat diganti.
“Eh, Iqram.. Bila you datang..?” Didi meraup wajahnya. Iqram tersenyum. Dia mengambil tempat di sebelah Didi.
“Amboi, bangun-bangun terus tanya bila I datang.. You rindu kat I ke..?” Didi mencebik.
“Balik pukul berapa malam tadi..? Nani cakap you balik pukul 3 pagi tadi. Betul ke..?” Didi mengangguk lemah. Iqram senyum.
“Jom kita pergi breakfast nak..?” Iqram cuba memancing.
“Jom, tapi you kena belanja I.. You tunggu kejap I pergi mandi..” Iqram menangguk sambil melangkah keluar bilik.



 “Didi, apsal kau bawak sepupu kau tue datang kat sini. Nie kan studio kita. Mana boleh orang luar masuk..” Sham yang sedang membaiki tali gitar yang putus minggu lalu bersuara sambil memandang Iqram yang sedang melihat barang-barang mereka dalam studio itu.
“Ala, dia saja je nak datang tengok. Lagipun diakan sepupu aku. Bukan orang luar pun..” Sham mencebik. Kaduk dan Kuzer angkat bahu. Mereka meneliti bait-bait lagu yang baru dicipta oleh Benz sebentar tadi. Benz melangkah menuju ke kerusi malas yang memang tersedia di studio mereka. Entah kenapa hatinya membara apabila memandang wajah Iqram. Gitar miliknya dipetik mengalunkan lagu kegemarannya.
“Oh, jadi kau la Benz ye..” Benz terkejut apabila suara Iqram kedengaran hampir dengan dirinya. Benz senyum sambil menyandarkan gitar kesayangannya di tepi kerusi.
“Didi selalu cerita pasal kau. Didi kata kau suka nyanyi lagu kumpulan Ungu. Kau suka lagu ‘Cinta dalam Hati’ kan..?” Benz senyum lagi mendengar kata-kata Iqram.
“Banyak sangat ke cerita aku dia story kat kau..?” Soal Benz sinis. Iqram tertawa. Iqram memandang Didi yang sedang seronok berborak dengan Sham.
“Banyak tue tak de la.. Tapi macam-macam jugak dia cerita kat aku pasal kau. Lagipun Didi suka orang yang pandai main gitar macam kau. Aku nie tak reti main gitar..” Benz angkat kening.
“Iqram, jom lunchlapar la..” Didi merangkul tangan kanan Iqram mesra. Dia tersenyum ke arah Benz. Benz membalas dengan senyuman yang kelat.
“Okey, Benz. Nanti kita jumpa lagi. Lain kali aku nak dengar kau nyanyi pulak..” Iqram mengangkat tangan sebagai tanda hormat. Benz hanya memerhati pemergian mereka dengan senyuman yang tawar sambil diperhatikan oleh Sham, Kuzer dan Kaduk dengan penuh tanda tanya.



“Benz, kau pasti ke nak buat macam nie..? Aku bukan apa, takut tak sempat. Nie dah petang. Kau nak guna port nie malam nie. Kita buat simple je la..” Sham menyeka peluh. Kuzer dan Kaduk yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek di tengah kolam menunggu jawapan daripada Benz.
“Ala, tolong la.. Kau kata nak tolong aku. Aku nak yang romantik sikit. Tak nak la yang simple nie..” Benz memandang ke arah Sham dengan wajah kesian. Dia betul-betul memerlukan bantuan rakan-rakannya itu.
“Kau nie mentang-mentang mak bapak aku tak de dekat rumah, sedap-sedap kau je nak buat macam-macam..” Ujar Sham marah.
“Ala, rileks la Sham. Aku pinjam kejap je. Banglo mak bapak kau nie ada beranda menghadap ke kolam. Mak bapak aku mana ada banglo yang ada beranda macam nie..” Benz menepuk bahu Sham lembut.
“Kau buat je dekat banglo kau. Kau punya banglo lagi besar. Kolam kau lagi besar. Siap ada air pancut lagi. Lagi romantic, Benz..” Sham masuk ke kolam.
“Ala, Sham.. tolong lah aku, please.. Aku janji aku bayar lebih..”
“Yelah..” Benz senyum gembira.
“Okey, jom kita mula kerja..”
“Tapi, Benz bunga mawar yang kau nak guna tue tak sampai-sampai lagi. Lagipun kuantiti yang kau nak tue banyak sangat la. Mana nak cari dalam masa terdekat nie..? Boleh lenyap musim bunga dekat Malaysia nie..” Kuzer bersuara tiba-tiba.
“Lagipun Benz, lilin yang kau tempah pun tak nampak lagi batang hidungnya.. Agaknya dah bankrupt tauke yang jual lilin tue..” Kaduk pula menambah.
“Aku tak kira, aku nak siap sebelum malam nie juga..” Benz menyeluk poketnya mencapai telefon bimbit. Nombor Didi ditekan.
Hello, Didi.. Kau tengah buat apa tue..?” Kaduk, Kuzer dan Sham pandang sesama sendiri.
“Kau nie biar betul Benz. Tak pernah kau call aku kalau tak de hal penting. Nie tiba-tiba tanya aku buat apa nie, kenapa..?” Didi di hujung talian bersuara.
“Eh, yeke..? Biasa la tue. Zaman kan boleh berubah..” Didi tertawa di hujung talian.
“Kau nie ada-ada je.. Ha, apsal kau call aku nie..? Ada orang mintak buat show ke..?” Soal Didi. Benz telan liur. Nak cakap ke tak ye…
“Aku..” Benz terhenti. Dia memandang rakan-rakannya yang yang tekun memerhatikannya. Menunggu Benz mengucapkan kata-kata keramatnya itu.
“Sham suruh aku jemput kau kat rumah dia malam nie sebab nak buat party sikit. Lagipun mak ngan ayah dia tak de minggu nie. Diorang pergi Kanada..” Benz menekup mulut. Lain yang ingin di cakap, lain yang keluar.. Sham dan yang lain terlopong.
“Ekeleh, poyo tahap cipan la mamat nie.. Ego tinggi melambung-lambung..” Kuzer bersuara sambil melemparkan air ke arah Benz.
“Ala, malam nie ke..? Tak boleh ke malam lain..?” Didi bersuara.
“Malam nie tak boleh ke..?” Soal Benz pula.
“Ala, I’m so sorry.. Iqram dah ajak aku nak keluar malam nie. Kalau nak cancel aku rasa dah tak sempat.” Benz tersenyum tawar. Rasa kecewa datang bertandang.
“Em, tak pe lah kalau macam tue.. Tapi esok kau jangan lupa datang tau.. Kitorang tunggu..” Balas Benz dan terus mematikan perbualan. Rakan-rakannya hanya memerhatikan gelagat Benz.
“Aku rasa cancel la. Didi tak dapat datang malam nie..” Benz melangkah pergi ingin meninggalkan rakan-rakannya.
“Hoi, Benz.. Tak kan kau nak pergi macam tue je..” laung Sham. Benz menoleh ke arah rakan-rakannya yang masih setia di tepi kolam.
“Hoi, mangkuk.. Kau ingat dalam setahun ada satu malam je ker..?” Kuzer pula bersuara.
“Benz, lelaki tak kan menyerah..” Kaduk melaung. Mereka tertawa gembira sambil menyanyikan lagu ‘Naluri Lelaki’ nyanyian Samsons. Benz tertawa sambil berlari menyertai rakan-rakannnya itu..



Didi melompat ke katil. Dia betul-betul bahagia malam itu. Dia memejam mata cuba mengingati saat-saat indah bersama Iqram tadi.
“Didi, rasa dah tiba masanya kita declare tentang kita. I betul-betul sayangkan you. Sudi tak you jadi kekasih I, Didi. Dah lama I pendam perasaan ini. Lagipun kita dah lama kenal hati budi masing-masing..” Didi menelan liur. Wajah Iqram ditatap lembut.
“Iqram, I..” Iqram memandang tepat ke arah Didi, cuba meminta kepastian. Tapi hampa.
No, Didi.. It’s okey.. I memahami maksud you..” Iqram tertunduk memandang makanan yang terhidang di atas meja.
No, I tak kisah.. I mean, I like it.. I Cuma tak sangka you akan luahkan malam nie..” Akhirnya Didi bersuara. Serentak dengan itu, wajah Iqram terangkat dan menatap wajahnya. Didi tersenyum. Bantal peluk di tepinya dipeluk erat. Apalah Didi, dah besar pun mengelamun lagi.. Didi cuba memejam mata membayangkan peristiwa tadi kembali. Tapi, entah kenapa wajah Benz yang muncul. Didi mengetap bibir..



“Eh,Benz. Kau biar betul.. Macam tak de orang je kat rumah Sham nie. Kau kata ada party.. Aku tak nampak pun orang..” Didi meminta kepastian. Banglo milik Sham itu agak sunyi dan membuatkan dia keliru.
“Ala, kau nie slow la… Tak surprise la kalau aku bagitau awal-awal.. Sekarang, aku kena tutup mata kau..” Benz berjalan kebelakang Didi sambil memegang sehelai kain. Mata Didi ditutup dengan penuh berhati-hati.Bimbang akan menyakiti Didi.
“Benz, kau jangan la main-main macam nie.. Kaukan tau aku tak suka surprise..” Didi mula membebel.Benz hanya tersenyum sambil menggeleng.Dia memapah Didi menaiki tangga untuk ke beranda yang menghadap kolam di tingkat atas.
“Okey, dah sampai..Kau dah sedia ke belum..?” Didi mengangguk.
“Tadaa..Happy Birthday..” nJerit Benz seraya membuka kain yang menutup mata Didi itu.Didi menekup mulut melihat satu set meja makan bersama 2 buah kerusi dan di atas meja tersebut terdapat pelbagai makanan.Tempat makan itu dikelilingi oleh lilin.Betul-betul romantik.Didi benar-benar terharu.
“Aku tak sangka kawan aku yang selenga dan poyo macam kau nie romantik jugak rupanya.. Macam mana kau buat nie semua..?” Benz tersenyum sambil menuju ke arah meja yang berisi radio di atasnya.Butang ‘play’ ditekan.Berkumandang lagu-lagu nyanyian kumpulan Ungu. Didi menggelengkan kepala.Faham benar dengan kegemaran Benz.
“Bukan aku sorang je yang buat. Sham, Kuzer dengan Kaduk pun ada menyumbang jugak. Sorry sebab aku lambat wish. Aku planning nak buat malam semalam. Tapi kau dah ada planning lain. Maybe kau nak celebrate dengan Iqram malam tadi..” Benz merenung Didi di hadapannya.
“Untuk pengetahuan kau, kitorang tak celebrate pun semalam. Iqram bawak aku pergi dinner je.. Maybe Iqram terlupa kot.. Dan, kau orang pertama yang wish kat aku..” Didi tersenyum kelat. Benz yang mendengarnya betul-betul tersentak. Suasana sunyi seketika.
So, agak-agak dah berapa kali kita celebrate birthday kau sejak kita berkenalan..?” Benz cuba memecah kesunyian.
“Em, kali ketiga masuk yang ini.. Sebab hadiah birthday aku dari kau ada dua buah..” Didi senyum lalu mengangkat gelas yang berisi fresh orange itu lalu meneguknya. Benz menggelengkan kepala. Sikap Didi memang tidak pernah berubah.
“Jadi, dah lama jugak kita berkawankan..” Ujar Benz perlahan.
“Em, anyway.. Thanks for this surprises.. So, mana hadiah ketiga aku..?” Benz ketawa melihat gelagat Didi yang sedang menadah tangan itu.
“Didi, aku ada benda nak cakap dengan kau nie. Dah lama aku nak cakap, tapi aku tak berani..” Benz telan liur.
“Kau nak cakap sesuatu..? Ha, aku pun ada menda nak cakap dengan kau..” Didi bersuara gembira. Muka Benz berkerut melihat wajah Didi yang tiba-tiba berseri itu.
“Okey, kalau macam tue kau cakap dulu..” Benz bersuara.Didi tersenyum senang.
“Okey, kau orang pertama yang aku beritahu..” Didi menarik nafas tenang. Benz mengangkat kening sambil menunggu kata-kata yang ingin diucapkan oleh Didi.
“Aku dengan Iqram dah declare. Semalam, Iqram lamar aku jadi girlfriend dia..” Didi tersenyum riang. Benz di hadapannya ternyata begitu tersentak dengan penjelasan Didi itu. Benz dapat rasakan yang dadanya begitu sesak saat ini. Gelasnya dicapai lalu diteguk rakus fresh orange itu.
So, apa yang kau nak cakap tadi..?” Serta-merta Benz tersedak.
“Benz, are U okay?” Didi cemas.
NoI’m okay..” Benz mengeluarkan kotak dari bawah meja lalu menghulurkan ke arah Didi.
So,the third gift for me..?” Soal Didi sambil menyambut huluran Benz itu.
“Boleh aku buka sekarang..?” Benz mengangguk.
“Kau cakap kau dah lama nak cakap sesuatu kat aku.. Apa dia..?” Soal Didi sambil tangannya licah menyiat pembalut hadiah itu.
“Aku nak minta maaf pasal hadiah kau. Aku kurang sikit bab-bab pilih hadiah nie..” Didi angkat kening sambil merenung ke wajah Benz.
“Tue je yang kau nak cakap sampai bertahun kau simpan, Benz..?” Benz tersenyum kelat.Didi melihat hadiah pemberian Benz itu.Replika gitar kecil itu dipegang erat.
“Jadi, tue sebab kau beli hadiah untuk aku sama setiap tahun.. Macam-macam la kau nie Benz..” Ujar Didi dalam tawanya. Dia bangun ingin menuju ke tepi beranda. Cepat-cepat dihalang oleh Benz.
“Aku lupa nak cakap kat kau yang Sham ada pesan jangan pergi dekat dengan beranda sebab pagar dia tak berapa kukuh..” Dahi Didi berkerut sambil memandang wajah Benz yang kelihatan resah itu.
“Kau nie ada-ada je la, Benz.. Apsal kau pelik sangat malam nie..?” Tangan Benz yang menghalangnya itu di tepis. Benz tepuk dahi..Tut,tut..
“Nasib baik handphone Didi berbunyi. Kalau tak, mampos aku..” Detis hati Benz sambil memerhatikan Didi yang melangkah semula ke arah kerusi untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Benz menarik nafas lega.
“Benz, thanks untuk malam nie.. Serius aku cakap, aku happy sangat. Tapi, sorry banyak-banyak. Aku kena balik. Papa aku call tadi. Iqram tengah tunggu aku kat rumah. It’s okay.. Aku boleh balik sendiri.” Benz hanya tersenyum kelat sambil matanya memerhatikan tubuh Didi yang semakin lenyap dari pandangan. Langkahnya diatur perlahan menuju ke tepi beranda. Benz merenung ke tengah kolam yang terdapat lilin yang sedang terapung di tengah-tengah kuntuman mawar yang membentuk 1 bentuk hati di antara huruf ‘I’ dan ‘U’. Benz tunduk. Menyesal kerana tidak bertindak lebih awal.
“Didi, mungkin ini memang jalan takdir hidup aku yang mencintai dan mengagumi kau dalam diam tanpa dicintai oleh kau. Sampai bila-bila pun,cinta aku ini akan tersembunyi di lubuk hati aku. Tak mengapalah,asalkan hidup kau bahagia. Aku juga turut bahagia..” Rintih Benz sebak. Bertambah sebak apabila lagu ‘Cinta dalam Hati’ nyanyian kumpulan Ungu berkumandang di corong radio.



So, amacam Benz..? Lancar tak perjalanan malam tadi..?” Kuzer yang sedang mengelap drum bersuara. Benz mengeluh. Gitar di sebelah dicapai. Kuzer yang menyedari perubahan Benz menghampiri rakannya itu.
“Apsal nie, Benz..? Ada masalah kongsi la. Jangan buat muka stail tempeyek tue..” Tepukan lembut dihadiahkan di bahu Benz.
“Dia dah declare dengan budak Iqram tue..” Benz tunduk. Gitarnya dipetik perlahan. Mengambarkan segala yang terbuku di hati.
“Ala, rileks la.. Bunga bukan sekuntum, Benz..” Kuzer memujuk.
“Tapi, nak cari yang sekuntum tue la payah..” Benz mengetap bibir.
“Tak pe la, Benz. Janji dia dah tau isi hati kau yang sebenar..” Kuzer menuju ke arah drum yang dilap tadi. Ingin meneruskan kerjanya yang terhenti sebentar tadi.
“Tue la masalahnya sekarang.. Dia tak tau lagi yang aku cintakan dia. Sebab aku tak tau nak buat apa bila dia cakap yang dia dah declare dengan budak Iqram tue..” Kuzer tersentak. Laju matanya merenung ke wajah Benz. Mamat nie betul-betul tenggelam dalam lautan ego la.. Bukan setakan tenggelam, dah lemas dah pun.. Dah mampos agaknya..
“Kau tak cakap lagi, Benz..? Aku betul-betul tak faham la dengan kau nie..” Benz memandang ke arah lain. Malas bertekak dengan rakannya itu.
“Tapi aku rasa bagus jugak. Kalau dia tahu isi hati aku, mesti dia serba-salah nanti. Tak pe la aku menderita seorang. Jangan dia pulak yang menderita sekali..” Ujar Benz perlahan. Kuzer menggeleng kepala melihat keadaan rakannya itu.
“Ha, aku lupa nak tanya kau. Hadiah apa yang kau bagi kat Didi..? Aku dengar special sangat.. Betul ke..? Setahu aku kau nie tak de citarasa langsung..” Kuzer memerhatikan reaksi Benz.
“Hadiah..?” Wajah Benz pucat. Ya, Allah.. apsal aku boleh lupa dengan hadiah yang aku bagi pada Didi malam tadi.. Mampos aku..
“Eh,Benz.. Kau kenapa nie..? Apsal kau pucat semacam je..?” Benz menggeleng perlahan. Gitarnya disandar ke tepi. Jaket hitam yang tergantung di belakang kerusi dicapai.
“Kuzer, aku keluar kejap..” Kuzer hanya memerhati dengan seribu tanda tanya.



“Hai, Benz..” Benz tersentak saat terdengar suara itu. Didi tertawa riang. Benz membalas dangan hanya tersenyum kelat. Rakan-rakannya yang lain memerhati reaksinya dalam diam. Faham dengan keresahan hati Benz ketika itu.
“Eh, apsal korang semua nie sunggul sangat muka..?” Didi mengambil tempat di sebelah Kuzer.
“Didi, lama betul kau tak datang studio. Puas aku contact kau. Apsal kau selalu off telefon kau..?” Sham yang sedang menyusun kertas lirik lagu itu bersuara.
“Oh, aku lupa nak bagitahu yang aku dah tukar nombor.. So, ada apa-apa perkembangan ke sekarang..?” Didi memandang ke arah Benz yang dari tadi membisu.
“Em, kitorang semua tengah prepare untuk show malam 14 Februari nie.. Sory lambat bagitau .Aku tak dapat nak contact kau. Tapi masih sempat lagi aku rasa. Cukup la 2 hari nie kalau kita nak prepare..” Kaduk mencelah.
“14 Februari..? Kau biar betul..? Aku tak free la masa tue..” Didi mengeluh. Rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri.
“Kau biar betul, Didi..” Sham menghampiri Didi.
Sorryguys.. Aku betul-betul tak free malam tue. Aku ada date dengan Iqram malam tue. Kau pun tau yang malam tue valentine, kan..” Semua yang berada di situ mengeluh keras.
“Kau je yang tau malam tue valentine. Kitorang semua mana tau..” Ujar Benz keras. Semua mata memandang ke arah Benz. Didi ternyata terkejut dengan kata-kata Benz itu. Tut,tut.. Didi mmencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan itu. Selang beberapa minit, dia mematikan perbualan.
Guys, aku pergi dulu. Sorry pasal tadi..” Didi berlalu. Yang lain hanya menjadi pemerhati. Benz memangku kepala.
“Jadi, apa keputusan kau..?” Kaduk menatap wajah Benz yang muram itu. Benz menghela nafas.
“Aku tak de masalah kalau nak teruskan. Lagipun ada Didi ke, tak de Didi ke, aku rasa sama je..” Benz bersuara lantang. Entah kenapa hatinya betul-betul tidak tenteram.
“Benz, kau okey tak..?” Kaduk serba-salah.
“Aku pelik la, apsal Didi jadi macam tue..? Dia boleh pentingkan boyfriend dia dari kita semua.. Aku heranlah orang yang bercinta nie. Heran betul aku..” Sham mencelah tiba-tiba.
“Yang kau sebok sangat apsal..? Boyfriend dia.. bukan boyfriend kau..”
“Yelah, kalau dia tinggalkan boyfriend dia sekejap apa masalahnya..? Hoi, Kuzer.. Hilang boyfriend boleh cari lagi, kalau hilang kawan susah nak jumpa pengganti. Nanti hidup gigit jari..” Kuzer mencebik mendengar kata-kata Sham itu.
“Haah, betul jugak. Lagipun Didi tue bukannya tak cantik. Cun jugak..” Kaduk menyampuk tiba-tiba.
“Mana taknya, kalau tak cantik takkan ada orang tue sampai bermuram durjana bila tau buah hati dikebas orang..” Kuzer menunggu reaksi dari Benz.Benz buat bodo..
“Dah la, sekarang fikir lagu apa yang kita nak prepare untuk malam tue.. Jangan serabutkan kepala otak aku..” Benz bangun menuju ke arah meja mencapai kertas lirik lagu yang di susun oleh Sham itu tadi.
“Benz, aku rasa lagu nie sesuai untuk kita. Lagipun, dah lama kita tak nyanyi lagu nie..”
“Aku pun rasa cam tue jugak. Dia punya lagu slow sikit. Kaukan terror nyanyi lagu nie..” Kertas lirik itu dicapai. Benz meniti bait-bait lagu itu perlahan-lahan. Lama dia merindui bait-bait lagu ini. Dalam diam, jiwanya merintih kesedihan..



Didi menatap wajahnya di hadapan cermin. Dia tersenyum. Iqram betul-betul baik padanya. Iqram juga romantik orangnya. Malam ini, kata iqram ingin membawanya ke suatu tempat yang begitu istimewa. Didi senyum sendiri. Tiba-tiba, wajah rakan-rakannya bertandang silih berganti.
“Em, semoga diorang berjaya malam nie..” Didi berbisik sendiri sambil tersenyum. Cuba melenyapkan rasa serba-salahnya. Matanya tertangkap pada replika gitar yang tersusun berderet di meja soleknya. Perlahan-lahan diusap hadiah dari Benz itu.
“Kenapa kau susah sangat nak tunjuk yang kau ambil berat tentang aku, Benz..? Lama aku tunggu Benz. Kenapa kau susah nak mengaku..? Iqram yang kata sayang pada aku pun tak pernah ingat tarikh lahir aku. Tapi, kenapa kau tak pernah cakap yang kau sayang kat aku sebenarnnya..?” Salah satu replika itu diangkat. Tangan kirinya memegang replika itu sementara tangan kanannya mengusap replika itu.
“Cik muda..” Didi tersentak. Serentak dengan itu replika itu berkecai jatuh. Nani yang terperanjat dengan reaksi cik mudanya melutut apabila menyedari dia yang meyebabkan barang itu terjatuh dan pecah berderai.
“Maaf, cik muda.. saya betul-betul tak perasan tadi.” Muka Nani pucat. Cepat-cepat tangannya mengutip kaca yang pecah berderai itu.
“Tak pe, Nani.. Biar saya yang kutip. Saya yang salah pegang tadi..” Didi turut mengutip kepingan kaca itu.
“Tapi, cik muda.. Tuan Iqram dah tunggu kat bawah. Cik muda pergi dulu. Biar saya yang kutip kaca-kaca ini..”
“Tak pe, biar saya yang kutipkan. Lagipun saya tak siap lagi. Awak bagitau Iqram suruh tunggu sebentar..” Nani mengangguk dan terus berlalu pergi seperti arahan Didi. Perlahan-lahan Didi mengutip kaca-kaca itu. Dia tersentak apabila sehelai kertas terselit diantara kaca-kaca yang lain. Lipatan kertas itu dibuka. Perkataan ‘BENZ..’ tentera di lipatan itu. Dahi Didi berkerut. Segera matanya berpaling ke arah hadiah-hadiah yang diberi oleh Benz yang masih elok tersusun di meja soleknya.
“Kalau tak silap aku, gitar yang pecah nie hadiah dari Benz waktu first time celebrate birthday aku dengan Benz dulu.. Jadi…” Pantas gitar-gitar itu dicapai. Hadiah kedua dan ketiga dari Benz dicampak ke lantai. Tangannya licah mencari kertas yang terselit di celah kepingan kaca yang berderai itu. Jari-jemarinya yang calar dan terluka itu tidak diedahkan. Tiga keping kertas itu dicantumkan. ’BENZ CINTA DIDI’… Didi tersenyum puas.

Mungkin ini memang jalan takdirku..
Mengagumi tanpa dicintai..
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu,dengan hidupmu..

Telah lama kupendam perasaan itu..
Menunggu hatimu menyambut diriku..
Tak mengapa bagiku cintaimupun adalah
Bahagia untukku,bahagia untukku..

Kuingin kau tahu diriku di sini menanti dirumu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa inikan abadi
Untuk selamanya..

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja..

Benz memejam mata. Suara penonton yang bingit bersorak tidak diedahkan. Yang pasti, dia betul-betul tenggelam dalam lautan dunianya sendiri..



“Benz, aku cau dulu.. Tahniah untuk kau sebab dapat nyanyi lagu tue dengan baik..” Kuzer, Sham dan Kaduk berlalu pergi. Benz mencapai botol mineral di tepinya lalu air itu diteguk rakus..
“Benz..” Benz mencari arah datangnya suara itu. Bulat matanya melihat Didi di hadapannya kini.
“Didi, kau buat apa kat sini..? Kata ada date dengan Iqram..” Benz cuba menyembunyikan rasa gugup. Didi tersenyum kelat. Entah kenapa, dadanya tiba-tiba sebak. Bodoh, Benz.. Kau boleh bersembunyi lagi.. Pantas tubuh Benz didakap. Erat. Benz masih terpinga-pinga
“Didi..” Benz bingung. Didi melepaskan dakapannya.
“Bodoh, nak sembunyi tapi tak pandai…” Dada Benz ditumbuk bertalu-talu.
“Hei, Didi.. Kenapa nie..?” Didi mengeluarkan kepingan kertas tadi. Pucat muka Benz apabila Didi menghulurkan kepingan kertas itu.
“Didi, aku boleh terang pasal perkara nie.. Aku..”
“Benz, tiga kertas nie semua melambangkan tiga tahun, Benz.. Tiga tahun kau cuba sembunyikan perasaan kau pada aku.. Tiga tahun, Benz.. Tiga tahun aku terseksa, kau tahu tak..” Benz tunduk. Malu memandang wajah Didi waktu itu. Matanya tertangkap pada jari-jemari Didi yang berbalut itu. Dalam diam dia mengutuk dirinya sendiri.
“Kenapa kau susah sangat nak mengaku yang kau cintakan aku, Benz..? Hina sangat ke aku sampai kau malu nak luahkan perasaan kau..?” Ucap Didi lembut.
“Maaf, Didi.. Tapi aku takut kau tak cintakan aku..”
“Aku dah lama cintakan kau, Benz..” Benz angkat muka. Wajah Didi ditenung dalam. Mencari kepastian dari wajah lembut itu. Perlahan-lahan dia menarik tubuh Didi ke dalam dakapannya. Jari-jemari Didi yang berbalut itu dikucap lembut.



“Benz..”
“Em..”
“Kau ingat tak candle light dinner kita malam yang kita celebrate birthday aku tue..”
“Ingat,kenapa..?”
“Sebenarnnya aku nampak..”
“Nampak..? Nampak apa..?”
“Bunga mawar, lilin… kat tengah kolam tue..”
“Ye ke..? Macam mana kau boleh nampak..?
“Lepas aku keluar dari banglo, aku pergi kat tepi kolam tue.. Thanks, Benz. Aku suka sangat waktu tue. Cuma aku nak kau luahkan sendiri pada aku.. Dan, waktu tue jugak aku nampak kau kat atas beranda..”
“Ye ke..? Aku tengah buat apa waktu tue..?”
“Kau tengah termenung. Muka kau sedih macam mamat jual sayur tak laku kat pasar.. Kau macam nak nangis je waktu tue..”
“Eh,ye ke? Kau silap tengok kot..”
“Tengok tue.. Masih nak sembunyi lagi.. Teruk betul penyakit ego kau nie..” Benz tertawa. Pinggang Didi dirangkul.
“Benz, lepas nie kau kena bagi aku 3 buah hadiah untuk aku dalam setiap tahun..”
“Ha..? 3 buah..? kenapa banyak sangat,Didi..?”
“Sebab, satu untuk birthday aku, satu untuk valentine day, dan satu lagi untuk annivessary kita..” Benz tertawa.
“Sayang, maafkan aku kerana simpan cinta dalam hati..” Didi senyum. Wajah Benz ditatap lembut.
“Tak pe.. janji, cinta tue untuk aku sorang..” Mereka tertawa bahagia..