Saturday, 3 May 2014

Cerpen: Rahasia Hati

“Sakit lagi ke..?” Soal dia sambil memerhati luka di lututku yang sudah disapu ubat. Aku menggeleng perlahan. Hanya mengetap bibir sambil memerhatikan gelagatnya yang penuh teliti merawat lukaku.
“Erm.. apalah nasib aku nie..? Selalu bernasib malang. Nie dah masuk kali ketiga aku dok tersungkur..” Keluhku perlahan.
“Kalau aku cakap sikit boleh tak..?” Aku yang tersentak memandang tepat ke wajahnya dengan mata terkebil-kebil.
“Kau tue yang bodoh. Sepatutnya kau kena hati-hati sikit.. Aku dah cakapkan, main basketball nie kena stamina kuat. Cuba jadi kuat sikit. Ini lembik macam sotong..” Ceramahnya panjang lebar. Aku mencebik. Cam good-good jek mamat nie..
“Ha, tengok tue.. Bila aku cakap mencebik. Aku pun tak tau nak cakap apa kat kau nie..”
“Ala, tue pun kira okey la aku reti main basketball. Bukan cam kau. Kaki bangku…”
“Ewah, ewah.. Sedap kau libatkan nama aku ye..” Dan, ‘peperangan’ itu berlanjutan hingga masing-masing kehabisan ‘modal’ untuk ‘berdebat’.



 “Aaa.. coomm..” Diana kesat hidung dengan sapu tangan. Cuaca hari ini benar-benar menyesakkan. Dia merenung jam tangan. Kemudian mengeluh. Matanya mencari kelibat seseorang di dalam hujan lebat itu. Suasana di tempat menunggu bas itu lenggang. Beberapa orang pelajar sudah beransur pulang dan kini perhentian bas itu hanya dihuni oleh dirinya sendiri.
“Argghh.. mana pulak la si Adam nie..? Janji nak ambil pukul 5. Nie dah 5.30..” Detis hati kecilnya kerisauan. Hari semakin gelap. Guruh dilangit tanpa segan-segan berdentum seakan-akan menyorak langit supaya memuntahkan hujan.
Salahnya juga tadi. Sepatutnya dia perlu teliti dalam kajian cuaca. Semalam dalam berita pun sudah dimaklumkan oleh Jabatan Kaji Cuaca yang hari ini hujan lebat. Dia tepuk dahi.
Hari ini dia terpaksa pulang lewat selepas sesi persekolahan. Ada latihan bola keranjang. Terpaksa membiarkan Adam pulang ke rumah bersendirian.
“Uhuk, uhuk..” Dia tersentak saat terdengar batukan itu. Cepat-cepat matanya terarah pada susuk tubuh yang baru sahaja tiba dan mengambil tempat tidak jauh dari tempatnya duduk. Matanya terkebil-kebil.
“Peh, abang senior kelas 5 Ixora tue la..” Dia tersengih. Er, kacak jugak..
Suasana senyap sunyi. Diana telan-liur. Sesekali matanya menjeling ke arah jejaka itu. Bukan calang-calang orang. Semua junior perempuan kat sekolah tergila-gila ke dia. Iskandar Shah.. Siapa tak kenal..?
“Lewat pulang hari nie..?” Dia tersentak. Cam tau-tau jek aku tengah ngusha dia.. Namun segera tersedar. Ada bunga yang berkembang di hati..
“Er, ada latihan basketball tadi..” Jejaka itu tersenyum sambil mengangguk faham.
“Saya nampak tadi..”
“Er..??” Kening Diana terangkat.
“Saya nampak awak main basketball tadi. Kebetulan saya ada latihan basketball jugak. Kita main kat court sebelah-sebelah. Kalau awak perasan la..” Diana mengangguk faham.
“Owh, tak perasan pulak..” Entah kenapa jawapan itu mengundang merah di wajah jejaka tersebut. Diana ketap bibir. Aik, aku salah cakap ke..?
Suasana kembali senyap sunyi.
“Er, saya nak berangkat dulu..” Ujar si Abang Senior seraya bangun dari kerusi batu itu.
“Eh, dalam hujan macam nie nak balik..? Kalau ye pun tunggu la berhenti dulu..” Diana cuba membantah. Lepak dulu, brader.. Gua tak tau lagi nama lu..
“Ala, bukan lebat sangat dah hujannya. Dah reda sikit. Boleh la kalau nak redah..” Diana mengangguk faham. Dia tersengih malu.
“Owh, ye.. Kalau awak nak guna payung nie ambik la..” Abang Senior menghulur payung biru yang dikeluarkan dari dalam begnya.
“Er, habis tue..”
“Tak pe, jangan risau.. Saya boleh redah je. Rumah saya dekat je dari sini..” Akhirnya, payung biru itu bertukar tangan. Diana memerhati susuk tubuh itu hingga hilang dari pandangan.
Tak sampai 5 minit Adam sampai dengan motornya. Ketika itu muka Diana menunjuk reaksi protes.
“Awal kau ambik aku..? Apsal kau tak ambik pukul 7 terus..?” Perli Diana bengang.
“Ekeleh, minah nie.. Banyak cakap pulak. Nasib baik aku ambik. Kalau aku tak ambik, tak ke naya kau mati kering kat sini..” Diana mencebik. Ada jek ayat yang menyakitkan hati aku dia keluarkan.. Poyo betul la mamat tak guna nie..
“Janji pukul 5.. Sekali pukul 6 dia ambik.. Betul kata Dr. M.. Janji melayu tak boleh pakai..”
“Yang kau membebel macam orang bodoh nie kenapa..? Kau nak naik ke tidak..? Kalau banyak songeh sangat, lain kali jalan kaki. Redah je hujan tue..”
“Nanti demam pulak..”
“Ah, demam je.. Bukan mati pun. Hujan turun keluar air, bukan keluar api pun..” Diana ketap bibir. Tanpa banyak soal dia terus membonceng di belakang Adam. Entah apa yang menganggu fikiran mamat nie, aku pun tak tau.. Tiba-tiba jek moody tak tentu pasal. Datang bulan kot.. Sekali aku kasik susu, dia balas tuba daa..
“Tak payah nak mengumpat aku dalam hati.. Ngumpat jek depan-depan..” Oppss.. dia tau kew aku tengah ngumpat dia. Diana tekup mulut.



 “Diana, hari nie training cancel tau..” Diana mengangguk perlahan. Kata-kata Laila ditolak ke tepi. Dia memerhati sekeliling. Cuba mencari sesuatu.
“Kau cari siapa, Diana..?” Dia tersentak. Laila di sebelah merenungnya hairan.
“Er, tak de.. Aku cari.. er..” Diana telan liur.
“Adam, ke..?”
“Ha, ye.. Aku memang cari Adam pun..” Cepat Diana mengakuinya supaya Laila tidak mengesyaki sesuatu.
“Eh, bukan ke Adam memang tak datang sekolah hari nie.. Tak kan kau tak tau.. Diakan kau punya neighbour.” Kening Diana terangkat. Adam tak datang sekolah..? Aik, sejak bila pulak budak tue reti ponteng sekolah..?
“Haah la.. Aku terlupa pulak..” Diana tepuk dahi.
“Dah la.. Aku tengok kau nie cam lain je.. Jom, karang lepas pulak bas..” Diana mengeluh saat lengan kirinya ditarik oleh Laila ke perhentian bas. Sementara tangan kanannya menggenggam payung berwarna biru itu erat dengan wajah yang hampa.




 “Terima kasih sebab bagi pinjam payung nie..” Ucap Diana sambil tersenyum.
“Sama-sama..”
“Maaf la sebab lambat pulangkan payung nie.. Sepatutnya saya pulang semalam.. Dah 3 hari payung nie kat saya..”
“Owh, tak pe.. Saya tak kisah pun, Diana..” Diana tersentak. Dia tahu nama aku..? Huh, cam ada chance jek..
“Er..” Suasana senyap seketika. Masing-masing kehilangan kata-kata.
“Boleh saya ajak Diana keluar petang Khamis nie..?” Diana telan liur. Ajak keluar..? It’s mean a date..?
“Kalau Diana tak sudi tak pe la.. Saya tak kisah..”
“Er, boleh..”
“Okey, kalau macam tue kita jumpa lepas sekolah.. Tunggu saya kat pagar depan..” Iskandar Shah terus beredar dari situ. Malu barangkali. Diana hanya mampu tersenyum bangga.



 “Eh, hari nie bawak basikal, Diana..?” Soal ibu hairan sambil memerhati anak gadisnya yang sibuk mengeluarkan basikal dari stor lama di tepi rumah. Hairan bertandang kerana biasanya anak gadisnya itu akan menunggu si Adam untuk membonceng motosikal pemuda itu ke sekolah.
“Hah, Diana nak naik basikal hari nie.. Diana nak keluar jalan kat taman dengan kawan Diana balik sekolah nanti. Boleh tak, bu..?” Ibu kerut kening.
“Dengan sapa, Diana..?”
“Dengan kawan Diana lar..” Balas gadis itu selamba sambil mencapai tangan ibunya seraya mencium lembut belakang tapak tangan itu.
“Diana pergi dulu, bu..” Ibu hanya menggeleng perlahan. Belum sempat dia melangkah masuk ke rumah, telinganya menangkap deruan enjin motosikal.
“Diana dah ke sekolah.. Dia naik basikal tadi..” Laung ibu. Adam mengangguk perlahan sambil tersenyum ramah.



 “Yang kau sibuk sangat kenapa..?” Diana menyoal bengang. Bengang dengan sikap Adam yang tidak mahu memahami.
“Aku tanya je.. Bukan menyebuk..”
“Dah kalau kau tanya perkara peribadi aku, bukan ke itu penyebuk namanya..?” Soal Diana keras. Adam sedikit tersentak. Tetapi dia bijak mengawal perasaan itu.
“Aku cuma nak tahu, apsal ko nak naik basikal ke sekolah hari nie.. Apsal kau tak bagitahu aku awal-awal..?At least aku tak de la buang masa tercongok depan rumah kau macam orang bodoh..” Suara Adam meninggi. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang di koridor kelas sesekali menjeling ke arah mereka berdua.
“Aku ada date lar petang nie, bodoh..” Ujar Diana kasar dan terus berlalu pergi. Adam ketap bibir. Date? Dengan lelaki malang mana pulak?
“Owh, kau berlagak dengan aku ye..? Kau tengoklah akibatnya..” Ancam Adam. Diana yang sudah melangkah jauh hanya menjelir cuba mengajuk ancaman Adam itu. Adam menyumpah bengang.



Diana ketap bibir. Dia dah dapat agak angkara siapa yang membuat kerja bodoh itu. Dia hentak kaki protes. Adam di atas motorsikal hanya tersengih.
“Tue sebab jangan berlagak sangat dengan aku.. Konon nak pergi date.. Entah lelaki malang mana yang sangkut kat kau aku pun hairan..” Diana mencebik.
“Adam, aku bukan kacau kau pun.. Kau nie suka buat aku marah lar.. Aku betul-betul benci kau..” Teriak Diana hampir menangis. Adam tersengih bangga.
“Sabar, Diana.. Kau macam tak biasa je.. Jom aku tolong kau.” Laila di sebelah cuba menengangkannya. Bukan dia tidak tahu dengan sikap Adam yang gila-gila itu. Dia cukup arif dengan pemuda itu. Ada saja jalan untuk menyusahkan sahabatnya itu.
“Boleh ke korang turunkan basikal tue..?Silap-silap ada jugak yang tersangkut kat atas sekali..” Adam masih menganjing. Laila dan Diana cuba sedaya-upaya untuk menurunkan basikal yang disangkut oleh Adam di dahan pokok mempelam di luar pagar sekolah itu. Walaupun dahannya tidaklah tinggi mana, tapi untuk menurunkan basikal yang tersangkut itu dengan mudah agak mustahil.
“Diana, kenapa nie..?” Satu suara mengejutkan mereka bertiga.
“Err.. Awak..” Diana tersentak saat terpandang Iskandar Shah bersama basikalnya meluru ke arahnya.
“Kenapa dengan basikal awak?”
“Er..” Diana merenung ke arah Adam. Wajah Adam berubah corak.
“Tak pe, awak boleh tumpang saya..” Ujar Iskandar Shah.
“Saya janji hantar awak balik..” Sambungnya lagi. Tanpa bersuara, Diana menghampiri jejaka itu. Adam ketap bibir. Motorsikalnya dihidupkan dengan marah.
“Laila, nak aku hantar balik tak..?”Laung Adam kuat. Sengaja ditekan kuat ayat itu berharap Diana mengerti corak perubahan nadanya itu. Laila mengangguk perlahan.
Tanpa menoleh, Diana membonceng jejaka itu. Sementara Adam merenung pasangan itu melalui cermin sisi motorsikalnya dengan pandang yang sukar ditafsir.



Diana tersenyum saat terpandang Iskandar Shah datang dengan membawa dua batang aiskrim ke arahnya.
“Sorry, lambat sikit..” Ujar Iskandar sambil menghulur aiskrim ke arahnya.
“It’s okay..”
“Ermm..” Suasana sunyi bertandang. Diana memerhati di sekeliling taman. Beberapa orang kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran mencuri minatnya.
“Sorry, saya kekok sikit..” Akhirnya jejaka itu bersuara jua. Diana tersenyum lucu.
“Tak pe, saya tak kisah.. Dah selalu sangat saya jumpa dengan orang yang ramah..” Diana bersuara dengan senyumannya masih bersisa.
“Maksudnya..?”
“Macam kawan baik saya, Adam.. Ramah sangat. Sampai 24 jam tak berhenti bercakap. Jumpa je dia mesti bergaduh. Tak sah kalau tak bergaduh.” Wajah Adam yang muram sebentar tadi bertandang. Marahkah Adam padaku?
“Kalau awak nak tahu, dia lar yang sangkut basikal saya kat pokok tadi. Marah sangat naik basikal ke sekolah tak bagitahu dia..” Sambung Diana.
“Dah lama ke kawan dengan dia..?”
“Kami kawan sejak zaman sekolah rendah lagi. Lagipun, Adam tue jiran saya. Family kitorang dah macam satu family..” Iskandar Shah mengangguk perlahan.
“Awak nak tahu, dulu masa kecik-kecik dia memang nakal. Ingat lagi, masa balik dari mengaji kat surau malam-malam dia selalu curi telekung mak dia. Lepas tue dia sergah budak-budak balik mengaji.. Kelakar giler. Dari dulu, sampai sekarang.. Nakal dia tak pernah hilang.. Walaupun sekali-sekala ada jugak bengang dengan dia. Dahlah kasar. Dia suka buli saya. Tapi, dia tetap baik hati. Tulah kawan baik saya dan..”
“Orang yang paling istimewa bagi awak..” Potong Iskandar Shah sambil tersenyum. Diana tersentak. Istimewa..? Dia ketap bibir. Entah kenapa ada sesuatu yang menganggu perasaannya.



 “Macam mana..?Next time nak keluar lagi..?” Diana tersenyum dengan pertanyaan itu. Hatinya berbunga. Tanpa jawapan dia melangkah ke pagar rumahnya.
“I’m still waiting..” Iskandar Shah bersuara lagi.
“Boleh..” Balas Diana perlahan.



 “Iskandar Shah, senior yang glamour tue ke..? He invite you for a second date..? What a surprise..??” Diana tersenyum melihat mata si Laila yang bulat menandakan di begitu terkejut. Dia mengangguk perlahan.
“So, aku nak mintak tolong kau carikan dress apa yang sesuai untuk aku keluar date dengan putera aku tue..” Laila tersenyum lebar.
“Oh, don’t worry my dear.. Serahkan pada aku je..” Diana mengangguk perlahan. Dia percaya yang Laila akan membantunya.
“Oh, kau dah bagi tahu kat Adam tak..? Kang tak pasal-pasal basikal kau naik pokok lagi..” Diana tersentak. Adam..? Yup, hampir terlupa tentang dia. Dah lama tak lepak dengan Adam. Mana budak tue ye..?
“Diana..”
“Er, aku rasa tak perlu kot..”



 “Amacam..? Dah siap belum tugasan kau..?” Iskandar Shah tersentak. Dia mengeluh saat terpandang Joe dan Burn yang menghampirinya. Ketika itu mereka di belakang makmal sekolah. Plastik minuman yang sudah tiada isi dilempar ke tepi longkang.
“Dah..” Balasnya sepatah.
“Huh, abang Romeo kita macam ada problem je.. Apa kes nie, bro..?” Soal Burn. Joe di sebelah hanya tersengih.
“Entahlah, aku rasa serba-salah la pulak..”
“Apsal, bro..? Minah tue tolak ke second date ko..?”
“Bukan, aku rasa macam orang bodoh la mainkan orang macam nie..” Iskandar Shah bangun.
“Huh, nampaknya ada orang dah insaf.. Apsal, Is..? Kau dah sangkut ke dengan minah tue..? Kau tak sayang dengan RM500 kau..?Ingat, Is.. Satu date, RM500..” Iskandar Shah berdegus bengang.
“Okeylah, macam nie.. Kitorang tak kisah.. Tapi, kau fikir la sendiri. Kalau rasa nak cancel, baik kau batalkan second date kau dengan minah tue cepat.. Jangan pulak biar dia tertunggu. Esok dah Khamis, bro..” Iskandar Shah ketap bibir. Tanpa mereka sedari, ada telinga yang mencuri dengar perbualan itu.



Krrrrinnnngg.. Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang. Suasana kelas 4 Orked hinggar-bungar. Diana dan Laila cepat-cepat berkemas untuk pulang. Ada misi yang perlu diselesaikan. Wajah Diana benar-benar ceria. Mereka terus bergegas ke pintu pagar sekolah.
“Diana.. Diana..?” Laung Iskandar Shah kuat. Namun, sikit pun tidak diedahkan oleh gadis itu. Tidak dengar barangkali. Maklumlah, di tengah-tengah orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke pintu utama.
“Diana..” Iskandar Shah cuba mengejar gadis itu. Namun hampa. Dia mengeluh berat.



 “Betul ke apa yang kau cakapkan ni, Laila?” Dahi Diana berkerut. Cuba menangkap setiap cerita yang keluar dari mulut temannya itu. Laila mengangguk cepat.
“Aku tahu daru akak senior. Diorang cerita, Iskandar tu memang macam tu. Dia suka tackle orang sebab duit. Lepas dia berjaya dia tinggal la perempuan tu.” Ujar Laila. Diana ketap bibir. Dia mula rasa ragu-ragu untuk mempercayai kata-kata rakannya itu.
“Kau tahu, Adam pun dah tau pasal niat Iskandar tu. Dia yang suruh aku nasihat kau supaya jangan percaya lelaki tu.”
“Hish, tapi tak mungkin la Laila.. Aku rasa Iskandar tu ikhlas nak kawan dengan aku.” Diana merenung rakannya itu. Hatinya mula membuat kesimpulan bahawa rakannya itu mempunyai niat jahat terhadapnya. Diana mengeluh berat.
“Diana, kau ni kenapa bodoh sangat? Laila dah cerita kat kau kan apa niat sebenar si jantan tak guna tu? Yang kau percaya mati-mati lelaki bodoh tu kenapa? Aku tak tahu sapa lagi bodoh. Antara dia ke engkau..” Dia tersentak. Entah bila Adam muncul.
“Eh, kau siapa nak halang aku berkawan. Peduli apa aku. Ikut suka hati aku la nak kawan dengan siapa pun. Kau tak payah nak tunjuk kau hebat. Macam kau baik sangat..” Diana menyeringa. Bengang dengan tomahan kasar dari lelaki itu.
“Diana, kau ni memang bodoh. Aku tak nak kau kecewa..”
“Hey, pergi mampus la..” Bentak Diana sekuat hati. Beg sekolahnya dicapai lalu meninggalkan kedua rakannya. Hatinya benar-benar bengang. Marah dengan tuduhan melulu rakan-rakannya itu.



Diana merenung ke tengah kolam air pancut. Dia tersenyum. Jam menunjukkan tepat pukul 5.15 petang. Ala, jap lagi sampai la.. Cuba menyejukkan hatinya. Dia mendongak ke langit. Langit mendung. Seperti cemburu dengan si gadis yang sedang setia menunggu si puteranya. Orang ramai yang berkunjung ke taman bunga kebanyakannya ingin beransur pulang saat dentuman guruh kedengaran menandakan si langit bakal mencurahkan isi yang dikandungnya sekian lama. Diana mengeluh. Sudah setengah jam dia berdiri di situ. Masih tiada sebarang tanda-tanda si putera bakal tiba. Diana ketap bibir. Kata-kata rakan-rakannya sebentar tadi menjelma kini. Sedar yang putera idamannya itu tidak akan tiba.



Tubuhnya menggigil saat hujan lebat menimpa dirinya tanpa belas kasihan. Tubuhnya lecun. Dia berpeluk tubuh.
“Apsal kau nie bodoh sangat..? Berdiri macam orang hilang akal dalam hujan nie, kenapa..?” Diana tersentak. Adam tiba sambil menghulurkan payung yang sudah terbuka. Diana tersenyum kelat. Tubuhnya menggigil.
“Dah tahu hujan, apsal kau tak bawak payung sendiri. Pastu, mula menyusahkan orang. Nanti deman siapa yang susah..? Nah, ambik payung nie..” Diana hanya terkaku memandang Adam. Air matanya mengalir perlahan.
“Nie kan hujan je.. Bukan api pun. Hujan air je. Kalau kena pun boleh deman je, bukan mati pun..” Diana mengajuk ayat yang suatu ketika dulu pernah diucap oleh jejaka itu. Dia tersenyum kelat.
“Tapi, air hujan tak dapat hakiskan segala duka. Walaupun kau berdiri macam orang bodoh kat dalam hujan nie..” Ujar Adam perlahan. Entah mengapa dada Diana dilanda sebak. Cepat dia memeluk jejaka itu dan menangis hiba di bahu jejaka itu.


No comments:

Post a Comment