Didi menarik nafas. Dadanya sesak. Dia memandang ahli
kumpulannya yang lain. Kelihatan semuanya resah menanti giliran persembahan
mereka selepas ini. Hari ini sejarah tercipta apabila mereka terpilih ke
peringkat akhir dalam pertandingan ‘Battle of the band’ ini.
“Didi, kau okey tak..?” Didi memandang ke arah Benz sambil
mengukir senyum paksa. Benz menghampirinya.
“Benz, aku rasa macam tak okey la sekarang. Kaki aku ketar
giler nie..” Muka Benz berkerut. Dia memandang ahli kumpulan yang lain. Sham,
Kaduk dan Kuzer memandang sesama sendiri.
“Didi, kalau kau rasa tak okey kita boleh tarik diri. Masih
sempat lagi nie..” Kaduk bersuara tiba-tiba. Yang lain terlopong.
“Haah, lagipun kita dapat masuk final kira
okey la tuh..” Kuzer, kembar Kaduk pula bersuara. Sham dan Benz mengangguk
perlahan. Didi menelan liur. Tak mungkin.. Tak kan sebab aku diorang nak
berkorban. Dah pergi sejauh nie, sayang kalau nak tarik diri.. Didi gigit
bibir.
“Baiklah, saya persilakan kumpulan terakhir pada malam ini
untuk membuat persembahan. Dipersilakan.. ‘Five Star’..” Tepukan
dan jeritan penonton bergema di dalam dewan selepas pengumuman dibuat oleh
pengacara majlis pada malam itu. Didi tersentak saat jari-jemari Benz menyentuh
jemarinya.
“Didi, kau kena buat keputusan sekarang. Kami tak kisah apa
sahaja keputusan kau..” Benz bersuara. Yang lain hanya mengangguk. Didi
merenung wajah rakan-rakannya dengan sayu.
“Jom, penonton semua tengah tunggu kita. Bukan sikap kita
mengecewakan penonton..” Didi bersuara sambil tersenyum. Sham, Kuzer dan Kaduk
tersenyum lebar. Memang itu yang ditunggu oleh mereka.
“Jom..” Mereka terus naik ke pentas. Bulat mata Didi melihat
betapa ramainya penonton malam itu. Dia menuju ke hadapan pentas lalu mencapai
mikrofon. Didi menoleh kebelakang mencari Benz yang bermain di bahagian bases.
Benz mengukir senyuman dan menaikkan ibu jarinya ke atas. Didi telan liur.
Mikrofon dicapai. Perlahan-lahan matanya dipejamkan. Entah kenapa dia berasa
tenang. Amat tenang…
Malam ini ku
sendiri
tak ada yang
menemani
Seperti malam-malam
yang sudah-sudah..
Hati ini selalu
sepi
Tak ada yang
menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupus..
Tuhan kirimkanlah
aku
Kekasih yang baik
hati
Yang mencintai aku
Apa adanya
Mawar ini semakin
layu
Tak ada yang
memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus..
Lagu ‘Munajat cinta’ nyanyian asal The rock Indonesia itu
Didi nyanyi dengan tenang sekali. Sorakan penonton bergema. Didi tersenyum
puas. Pasti malam ini tidurku lena..
Didi menggeliat malas saat terdengar ketukan di pintu
biliknya. Dia mengeluh. Ala, mesti si Nani nie.. “Nani, saya nak tidur lagi.
Awak tolong jangan kacau saya. Awakkan tahu malam tadi saya balik rumah pukul
berapa..” Laung Didi dari atas katil. Ketukan di pintu terhenti.
Didi menghentak lembut kepalanya ke bantal semula.
Kedengaran pintu dikuak. Didi tak ambil pusing. Malam tadi selepas meraikan
kemenangan kumpulannya, Sham ajak lepak di rumahnya. Padahnya, Didi pulang awal
pagi ke rumah. Didi mengerang kecil apabila pipinya dielus lembut. Marah
tidurnya dikacau. Akhirnya, Didi membuka mata melihat siapa yang cuba
mengganggu tidurnya itu.
“Hai, sayang..” Bulat mata Didi melihat Iqram di hadapannya.
Cepat-cepat dia memeriksa keadaan dirinya. Bimbang waktu itu dia sedang beraksi
lucah barangkali. Nasib baik dia masih berseluar jeans dan bert-shirt yang
dipakai malam tadi. Baru dia teringat semalam pulang terus dia panjat katil
hingga baju pun tak sempat diganti.
“Eh, Iqram.. Bila you datang..?” Didi
meraup wajahnya. Iqram tersenyum. Dia mengambil tempat di sebelah Didi.
“Amboi, bangun-bangun terus tanya bila I datang.. You rindu
kat I ke..?” Didi mencebik.
“Balik pukul berapa malam tadi..? Nani cakap you balik
pukul 3 pagi tadi. Betul ke..?” Didi mengangguk lemah. Iqram senyum.
“Jom kita pergi breakfast nak..?” Iqram
cuba memancing.
“Jom, tapi you kena belanja I.. You tunggu
kejap I pergi mandi..” Iqram menangguk sambil melangkah keluar
bilik.
“Didi, apsal kau
bawak sepupu kau tue datang kat sini. Nie kan studio kita. Mana boleh orang
luar masuk..” Sham yang sedang membaiki tali gitar yang putus minggu lalu
bersuara sambil memandang Iqram yang sedang melihat barang-barang mereka dalam
studio itu.
“Ala, dia saja je nak datang tengok. Lagipun diakan sepupu
aku. Bukan orang luar pun..” Sham mencebik. Kaduk dan Kuzer angkat bahu. Mereka
meneliti bait-bait lagu yang baru dicipta oleh Benz sebentar tadi. Benz
melangkah menuju ke kerusi malas yang memang tersedia di studio mereka. Entah
kenapa hatinya membara apabila memandang wajah Iqram. Gitar miliknya dipetik
mengalunkan lagu kegemarannya.
“Oh, jadi kau la Benz ye..” Benz terkejut apabila suara
Iqram kedengaran hampir dengan dirinya. Benz senyum sambil menyandarkan gitar
kesayangannya di tepi kerusi.
“Didi selalu cerita pasal kau. Didi kata kau suka nyanyi
lagu kumpulan Ungu. Kau suka lagu ‘Cinta dalam Hati’ kan..?” Benz senyum lagi
mendengar kata-kata Iqram.
“Banyak sangat ke cerita aku dia story kat
kau..?” Soal Benz sinis. Iqram tertawa. Iqram memandang Didi yang sedang
seronok berborak dengan Sham.
“Banyak tue tak de la.. Tapi macam-macam jugak dia cerita
kat aku pasal kau. Lagipun Didi suka orang yang pandai main gitar macam kau.
Aku nie tak reti main gitar..” Benz angkat kening.
“Iqram, jom lunch. I lapar
la..” Didi merangkul tangan kanan Iqram mesra. Dia tersenyum ke arah Benz. Benz
membalas dengan senyuman yang kelat.
“Okey, Benz. Nanti kita jumpa lagi. Lain kali aku nak dengar
kau nyanyi pulak..” Iqram mengangkat tangan sebagai tanda hormat. Benz hanya
memerhati pemergian mereka dengan senyuman yang tawar sambil diperhatikan oleh
Sham, Kuzer dan Kaduk dengan penuh tanda tanya.
“Benz, kau pasti ke nak buat macam nie..? Aku bukan apa,
takut tak sempat. Nie dah petang. Kau nak guna port nie malam
nie. Kita buat simple je la..” Sham menyeka peluh. Kuzer dan
Kaduk yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek di tengah kolam menunggu
jawapan daripada Benz.
“Ala, tolong la.. Kau kata nak tolong aku. Aku nak yang
romantik sikit. Tak nak la yang simple nie..” Benz memandang
ke arah Sham dengan wajah kesian. Dia betul-betul memerlukan bantuan
rakan-rakannya itu.
“Kau nie mentang-mentang mak bapak aku tak de dekat rumah,
sedap-sedap kau je nak buat macam-macam..” Ujar Sham marah.
“Ala, rileks la Sham. Aku pinjam kejap je. Banglo mak bapak
kau nie ada beranda menghadap ke kolam. Mak bapak aku mana ada banglo yang ada
beranda macam nie..” Benz menepuk bahu Sham lembut.
“Kau buat je dekat banglo kau. Kau punya banglo lagi besar.
Kolam kau lagi besar. Siap ada air pancut lagi. Lagi romantic, Benz..” Sham
masuk ke kolam.
“Ala, Sham.. tolong lah aku, please.. Aku janji
aku bayar lebih..”
“Yelah..” Benz senyum gembira.
“Okey, jom kita mula kerja..”
“Tapi, Benz bunga mawar yang kau nak guna tue tak
sampai-sampai lagi. Lagipun kuantiti yang kau nak tue banyak sangat la. Mana
nak cari dalam masa terdekat nie..? Boleh lenyap musim bunga dekat Malaysia
nie..” Kuzer bersuara tiba-tiba.
“Lagipun Benz, lilin yang kau tempah pun tak nampak lagi
batang hidungnya.. Agaknya dah bankrupt tauke yang jual lilin
tue..” Kaduk pula menambah.
“Aku tak kira, aku nak siap sebelum malam nie juga..” Benz
menyeluk poketnya mencapai telefon bimbit. Nombor Didi ditekan.
“Hello, Didi.. Kau tengah buat apa tue..?” Kaduk,
Kuzer dan Sham pandang sesama sendiri.
“Kau nie biar betul Benz. Tak pernah kau call aku
kalau tak de hal penting. Nie tiba-tiba tanya aku buat apa nie, kenapa..?” Didi
di hujung talian bersuara.
“Eh, yeke..? Biasa la tue. Zaman kan boleh berubah..”
Didi tertawa di hujung talian.
“Kau nie ada-ada je.. Ha, apsal kau call aku
nie..? Ada orang mintak buat show ke..?” Soal Didi. Benz telan
liur. Nak cakap ke tak ye…
“Aku..” Benz terhenti. Dia memandang rakan-rakannya yang
yang tekun memerhatikannya. Menunggu Benz mengucapkan kata-kata keramatnya itu.
“Sham suruh aku jemput kau kat rumah dia malam nie sebab nak
buat party sikit. Lagipun mak ngan ayah dia tak de minggu nie.
Diorang pergi Kanada..” Benz menekup mulut. Lain yang ingin di cakap, lain yang
keluar.. Sham dan yang lain terlopong.
“Ekeleh, poyo tahap cipan la mamat nie.. Ego tinggi
melambung-lambung..” Kuzer bersuara sambil melemparkan air ke arah Benz.
“Ala, malam nie ke..? Tak boleh ke malam lain..?” Didi
bersuara.
“Malam nie tak boleh ke..?” Soal Benz pula.
“Ala, I’m so sorry.. Iqram dah ajak aku nak
keluar malam nie. Kalau nak cancel aku rasa dah tak sempat.”
Benz tersenyum tawar. Rasa kecewa datang bertandang.
“Em, tak pe lah kalau macam tue.. Tapi esok kau jangan lupa
datang tau.. Kitorang tunggu..” Balas Benz dan terus mematikan perbualan.
Rakan-rakannya hanya memerhatikan gelagat Benz.
“Aku rasa cancel la. Didi tak dapat datang
malam nie..” Benz melangkah pergi ingin meninggalkan rakan-rakannya.
“Hoi, Benz.. Tak kan kau nak pergi macam tue je..” laung
Sham. Benz menoleh ke arah rakan-rakannya yang masih setia di tepi kolam.
“Hoi, mangkuk.. Kau ingat dalam setahun ada satu malam je
ker..?” Kuzer pula bersuara.
“Benz, lelaki tak kan menyerah..” Kaduk melaung. Mereka
tertawa gembira sambil menyanyikan lagu ‘Naluri Lelaki’ nyanyian Samsons. Benz
tertawa sambil berlari menyertai rakan-rakannnya itu..
Didi melompat ke katil. Dia betul-betul bahagia malam itu.
Dia memejam mata cuba mengingati saat-saat indah bersama Iqram tadi.
“Didi, I rasa dah tiba masanya kita declare tentang
kita. I betul-betul sayangkan you. Sudi tak you jadi
kekasih I, Didi. Dah lama I pendam perasaan ini.
Lagipun kita dah lama kenal hati budi masing-masing..” Didi menelan liur. Wajah
Iqram ditatap lembut.
“Iqram, I..” Iqram memandang tepat ke arah Didi,
cuba meminta kepastian. Tapi hampa.
“No, Didi.. It’s okey.. I memahami
maksud you..” Iqram tertunduk memandang makanan yang terhidang di
atas meja.
“No, I tak kisah.. I mean, I like it.. I Cuma
tak sangka you akan luahkan malam nie..” Akhirnya Didi
bersuara. Serentak dengan itu, wajah Iqram terangkat dan menatap wajahnya. Didi
tersenyum. Bantal peluk di tepinya dipeluk erat. Apalah Didi, dah besar pun
mengelamun lagi.. Didi cuba memejam mata membayangkan peristiwa tadi kembali.
Tapi, entah kenapa wajah Benz yang muncul. Didi mengetap bibir..
“Eh,Benz. Kau biar betul.. Macam tak de orang je kat rumah
Sham nie. Kau kata ada party.. Aku tak nampak pun orang..” Didi
meminta kepastian. Banglo milik Sham itu agak sunyi dan membuatkan dia keliru.
“Ala, kau nie slow la… Tak surprise la
kalau aku bagitau awal-awal.. Sekarang, aku kena tutup mata kau..” Benz
berjalan kebelakang Didi sambil memegang sehelai kain. Mata Didi ditutup dengan
penuh berhati-hati.Bimbang akan menyakiti Didi.
“Benz, kau jangan la main-main macam nie.. Kaukan tau aku
tak suka surprise..” Didi mula membebel.Benz hanya tersenyum sambil
menggeleng.Dia memapah Didi menaiki tangga untuk ke beranda yang menghadap
kolam di tingkat atas.
“Okey, dah sampai..Kau dah sedia ke belum..?” Didi
mengangguk.
“Tadaa..Happy Birthday..” nJerit Benz seraya membuka
kain yang menutup mata Didi itu.Didi menekup mulut melihat satu set meja makan
bersama 2 buah kerusi dan di atas meja tersebut terdapat pelbagai
makanan.Tempat makan itu dikelilingi oleh lilin.Betul-betul romantik.Didi
benar-benar terharu.
“Aku tak sangka kawan aku yang selenga dan poyo macam kau
nie romantik jugak rupanya.. Macam mana kau buat nie semua..?” Benz tersenyum
sambil menuju ke arah meja yang berisi radio di atasnya.Butang ‘play’
ditekan.Berkumandang lagu-lagu nyanyian kumpulan Ungu. Didi menggelengkan kepala.Faham
benar dengan kegemaran Benz.
“Bukan aku sorang je yang buat. Sham, Kuzer dengan Kaduk pun
ada menyumbang jugak. Sorry sebab aku lambat wish.
Aku planning nak buat malam semalam. Tapi kau dah ada planning lain. Maybe kau
nak celebrate dengan Iqram malam tadi..” Benz merenung Didi di
hadapannya.
“Untuk pengetahuan kau, kitorang tak celebrate pun
semalam. Iqram bawak aku pergi dinner je.. Maybe Iqram
terlupa kot.. Dan, kau orang pertama yang wish kat aku..” Didi
tersenyum kelat. Benz yang mendengarnya betul-betul tersentak. Suasana sunyi
seketika.
“So, agak-agak dah berapa kali kita celebrate birthday kau
sejak kita berkenalan..?” Benz cuba memecah kesunyian.
“Em, kali ketiga masuk yang ini.. Sebab hadiah birthday aku
dari kau ada dua buah..” Didi senyum lalu mengangkat gelas yang berisi fresh orange itu
lalu meneguknya. Benz menggelengkan kepala. Sikap Didi memang tidak pernah
berubah.
“Jadi, dah lama jugak kita berkawankan..” Ujar Benz
perlahan.
“Em, anyway.. Thanks for this surprises..
So, mana hadiah ketiga aku..?” Benz ketawa melihat gelagat Didi yang sedang
menadah tangan itu.
“Didi, aku ada benda nak cakap dengan kau nie. Dah lama aku
nak cakap, tapi aku tak berani..” Benz telan liur.
“Kau nak cakap sesuatu..? Ha, aku pun ada menda nak cakap
dengan kau..” Didi bersuara gembira. Muka Benz berkerut melihat wajah Didi yang
tiba-tiba berseri itu.
“Okey, kalau macam tue kau cakap dulu..” Benz bersuara.Didi
tersenyum senang.
“Okey, kau orang pertama yang aku beritahu..” Didi menarik
nafas tenang. Benz mengangkat kening sambil menunggu kata-kata yang ingin
diucapkan oleh Didi.
“Aku dengan Iqram dah declare. Semalam, Iqram
lamar aku jadi girlfriend dia..” Didi tersenyum riang. Benz di
hadapannya ternyata begitu tersentak dengan penjelasan Didi itu. Benz dapat
rasakan yang dadanya begitu sesak saat ini. Gelasnya dicapai lalu diteguk rakus
fresh orange itu.
“So, apa yang kau nak cakap tadi..?” Serta-merta Benz
tersedak.
“Benz, are U okay?” Didi
cemas.
“No, I’m okay..” Benz
mengeluarkan kotak dari bawah meja lalu menghulurkan ke arah Didi.
“So,the third gift for me..?” Soal Didi sambil
menyambut huluran Benz itu.
“Boleh aku buka sekarang..?” Benz mengangguk.
“Kau cakap kau dah lama nak cakap sesuatu kat aku.. Apa
dia..?” Soal Didi sambil tangannya licah menyiat pembalut hadiah itu.
“Aku nak minta maaf pasal hadiah kau. Aku kurang sikit
bab-bab pilih hadiah nie..” Didi angkat kening sambil merenung ke wajah Benz.
“Tue je yang kau nak cakap sampai bertahun kau simpan,
Benz..?” Benz tersenyum kelat.Didi melihat hadiah pemberian Benz itu.Replika
gitar kecil itu dipegang erat.
“Jadi, tue sebab kau beli hadiah untuk aku sama setiap
tahun.. Macam-macam la kau nie Benz..” Ujar Didi dalam tawanya. Dia bangun
ingin menuju ke tepi beranda. Cepat-cepat dihalang oleh Benz.
“Aku lupa nak cakap kat kau yang Sham ada pesan jangan pergi
dekat dengan beranda sebab pagar dia tak berapa kukuh..” Dahi Didi berkerut
sambil memandang wajah Benz yang kelihatan resah itu.
“Kau nie ada-ada je la, Benz.. Apsal kau pelik sangat malam
nie..?” Tangan Benz yang menghalangnya itu di tepis. Benz tepuk dahi..Tut,tut..
“Nasib baik handphone Didi berbunyi. Kalau
tak, mampos aku..” Detis hati Benz sambil memerhatikan Didi yang melangkah
semula ke arah kerusi untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Benz menarik nafas
lega.
“Benz, thanks untuk malam nie.. Serius aku
cakap, aku happy sangat. Tapi, sorry banyak-banyak.
Aku kena balik. Papa aku call tadi. Iqram tengah tunggu aku
kat rumah. It’s okay.. Aku boleh balik sendiri.” Benz
hanya tersenyum kelat sambil matanya memerhatikan tubuh Didi yang semakin
lenyap dari pandangan. Langkahnya diatur perlahan menuju ke tepi beranda. Benz
merenung ke tengah kolam yang terdapat lilin yang sedang terapung di
tengah-tengah kuntuman mawar yang membentuk 1 bentuk hati di antara huruf ‘I’
dan ‘U’. Benz tunduk. Menyesal kerana tidak bertindak lebih awal.
“Didi, mungkin ini memang jalan takdir hidup aku yang
mencintai dan mengagumi kau dalam diam tanpa dicintai oleh kau. Sampai
bila-bila pun,cinta aku ini akan tersembunyi di lubuk hati aku. Tak
mengapalah,asalkan hidup kau bahagia. Aku juga turut bahagia..” Rintih Benz
sebak. Bertambah sebak apabila lagu ‘Cinta dalam Hati’ nyanyian kumpulan Ungu
berkumandang di corong radio.
“So, amacam Benz..? Lancar tak perjalanan malam
tadi..?” Kuzer yang sedang mengelap drum bersuara. Benz mengeluh. Gitar di
sebelah dicapai. Kuzer yang menyedari perubahan Benz menghampiri rakannya itu.
“Apsal nie, Benz..? Ada masalah kongsi la. Jangan buat
muka stail tempeyek tue..” Tepukan lembut dihadiahkan di bahu
Benz.
“Dia dah declare dengan budak Iqram tue..”
Benz tunduk. Gitarnya dipetik perlahan. Mengambarkan segala yang terbuku di
hati.
“Ala, rileks la.. Bunga bukan sekuntum,
Benz..” Kuzer memujuk.
“Tapi, nak cari yang sekuntum tue la payah..” Benz mengetap
bibir.
“Tak pe la, Benz. Janji dia dah tau isi hati kau yang
sebenar..” Kuzer menuju ke arah drum yang dilap tadi. Ingin meneruskan kerjanya
yang terhenti sebentar tadi.
“Tue la masalahnya sekarang.. Dia tak tau lagi yang aku
cintakan dia. Sebab aku tak tau nak buat apa bila dia cakap yang dia dah declare dengan
budak Iqram tue..” Kuzer tersentak. Laju matanya merenung ke wajah Benz. Mamat
nie betul-betul tenggelam dalam lautan ego la.. Bukan setakan tenggelam, dah
lemas dah pun.. Dah mampos agaknya..
“Kau tak cakap lagi, Benz..? Aku betul-betul tak faham la
dengan kau nie..” Benz memandang ke arah lain. Malas bertekak dengan rakannya
itu.
“Tapi aku rasa bagus jugak. Kalau dia tahu isi hati aku,
mesti dia serba-salah nanti. Tak pe la aku menderita seorang. Jangan dia pulak
yang menderita sekali..” Ujar Benz perlahan. Kuzer menggeleng kepala melihat
keadaan rakannya itu.
“Ha, aku lupa nak tanya kau. Hadiah apa yang kau bagi kat
Didi..? Aku dengar special sangat.. Betul ke..? Setahu aku kau
nie tak de citarasa langsung..” Kuzer memerhatikan reaksi Benz.
“Hadiah..?” Wajah Benz pucat. Ya, Allah.. apsal aku boleh
lupa dengan hadiah yang aku bagi pada Didi malam tadi.. Mampos aku..
“Eh,Benz.. Kau kenapa nie..? Apsal kau pucat semacam je..?”
Benz menggeleng perlahan. Gitarnya disandar ke tepi. Jaket hitam yang
tergantung di belakang kerusi dicapai.
“Kuzer, aku keluar kejap..” Kuzer hanya memerhati dengan
seribu tanda tanya.
“Hai, Benz..” Benz tersentak saat terdengar suara itu. Didi
tertawa riang. Benz membalas dangan hanya tersenyum kelat. Rakan-rakannya yang
lain memerhati reaksinya dalam diam. Faham dengan keresahan hati Benz ketika
itu.
“Eh, apsal korang semua nie sunggul sangat muka..?” Didi
mengambil tempat di sebelah Kuzer.
“Didi, lama betul kau tak datang studio. Puas aku contact kau.
Apsal kau selalu off telefon kau..?” Sham yang sedang menyusun
kertas lirik lagu itu bersuara.
“Oh, aku lupa nak bagitahu yang aku dah tukar nombor.. So,
ada apa-apa perkembangan ke sekarang..?” Didi memandang ke arah Benz yang dari
tadi membisu.
“Em, kitorang semua tengah prepare untuk show malam
14 Februari nie.. Sory lambat bagitau .Aku tak dapat nak contact kau. Tapi
masih sempat lagi aku rasa. Cukup la 2 hari nie kalau kita nak prepare..”
Kaduk mencelah.
“14 Februari..? Kau biar betul..? Aku tak free la
masa tue..” Didi mengeluh. Rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri.
“Kau biar betul, Didi..” Sham menghampiri Didi.
“Sorry, guys.. Aku betul-betul tak free malam
tue. Aku ada date dengan Iqram malam tue. Kau pun tau yang
malam tue valentine, kan..” Semua yang berada di situ mengeluh
keras.
“Kau je yang tau malam tue valentine. Kitorang
semua mana tau..” Ujar Benz keras. Semua mata memandang ke arah Benz. Didi
ternyata terkejut dengan kata-kata Benz itu. Tut,tut.. Didi mmencapai telefon
bimbitnya lalu menjawab panggilan itu. Selang beberapa minit, dia mematikan
perbualan.
“Guys, aku pergi dulu. Sorry pasal
tadi..” Didi berlalu. Yang lain hanya menjadi pemerhati. Benz memangku kepala.
“Jadi, apa keputusan kau..?” Kaduk menatap wajah Benz yang
muram itu. Benz menghela nafas.
“Aku tak de masalah kalau nak teruskan. Lagipun ada Didi ke,
tak de Didi ke, aku rasa sama je..” Benz bersuara lantang. Entah kenapa hatinya
betul-betul tidak tenteram.
“Benz, kau okey tak..?” Kaduk serba-salah.
“Aku pelik la, apsal Didi jadi macam tue..? Dia boleh
pentingkan boyfriend dia dari kita semua.. Aku heranlah orang
yang bercinta nie. Heran betul aku..” Sham mencelah tiba-tiba.
“Yang kau sebok sangat apsal..? Boyfriend dia..
bukan boyfriend kau..”
“Yelah, kalau dia tinggalkan boyfriend dia
sekejap apa masalahnya..? Hoi, Kuzer.. Hilang boyfriend boleh
cari lagi, kalau hilang kawan susah nak jumpa pengganti. Nanti hidup gigit
jari..” Kuzer mencebik mendengar kata-kata Sham itu.
“Haah, betul jugak. Lagipun Didi tue bukannya tak cantik.
Cun jugak..” Kaduk menyampuk tiba-tiba.
“Mana taknya, kalau tak cantik takkan ada orang tue sampai
bermuram durjana bila tau buah hati dikebas orang..” Kuzer menunggu reaksi dari
Benz.Benz buat bodo..
“Dah la, sekarang fikir lagu apa yang kita nak prepare untuk
malam tue.. Jangan serabutkan kepala otak aku..” Benz bangun menuju ke arah
meja mencapai kertas lirik lagu yang di susun oleh Sham itu tadi.
“Benz, aku rasa lagu nie sesuai untuk kita. Lagipun, dah
lama kita tak nyanyi lagu nie..”
“Aku pun rasa cam tue jugak. Dia punya lagu slow sikit.
Kaukan terror nyanyi lagu nie..” Kertas lirik itu dicapai.
Benz meniti bait-bait lagu itu perlahan-lahan. Lama dia merindui bait-bait lagu
ini. Dalam diam, jiwanya merintih kesedihan..
Didi menatap wajahnya di hadapan cermin. Dia tersenyum.
Iqram betul-betul baik padanya. Iqram juga romantik orangnya. Malam ini, kata
iqram ingin membawanya ke suatu tempat yang begitu istimewa. Didi senyum
sendiri. Tiba-tiba, wajah rakan-rakannya bertandang silih berganti.
“Em, semoga diorang berjaya malam nie..” Didi berbisik
sendiri sambil tersenyum. Cuba melenyapkan rasa serba-salahnya. Matanya
tertangkap pada replika gitar yang tersusun berderet di meja soleknya. Perlahan-lahan
diusap hadiah dari Benz itu.
“Kenapa kau susah sangat nak tunjuk yang kau ambil berat
tentang aku, Benz..? Lama aku tunggu Benz. Kenapa kau susah nak mengaku..?
Iqram yang kata sayang pada aku pun tak pernah ingat tarikh lahir aku. Tapi,
kenapa kau tak pernah cakap yang kau sayang kat aku sebenarnnya..?” Salah satu
replika itu diangkat. Tangan kirinya memegang replika itu sementara tangan
kanannya mengusap replika itu.
“Cik muda..” Didi tersentak. Serentak dengan itu replika itu
berkecai jatuh. Nani yang terperanjat dengan reaksi cik mudanya melutut apabila
menyedari dia yang meyebabkan barang itu terjatuh dan pecah berderai.
“Maaf, cik muda.. saya betul-betul tak perasan tadi.” Muka
Nani pucat. Cepat-cepat tangannya mengutip kaca yang pecah berderai itu.
“Tak pe, Nani.. Biar saya yang kutip. Saya yang salah pegang
tadi..” Didi turut mengutip kepingan kaca itu.
“Tapi, cik muda.. Tuan Iqram dah tunggu kat bawah. Cik muda
pergi dulu. Biar saya yang kutip kaca-kaca ini..”
“Tak pe, biar saya yang kutipkan. Lagipun saya tak siap
lagi. Awak bagitau Iqram suruh tunggu sebentar..” Nani mengangguk dan terus
berlalu pergi seperti arahan Didi. Perlahan-lahan Didi mengutip kaca-kaca itu.
Dia tersentak apabila sehelai kertas terselit diantara kaca-kaca yang lain.
Lipatan kertas itu dibuka. Perkataan ‘BENZ..’ tentera di lipatan itu. Dahi Didi
berkerut. Segera matanya berpaling ke arah hadiah-hadiah yang diberi oleh Benz
yang masih elok tersusun di meja soleknya.
“Kalau tak silap aku, gitar yang pecah nie hadiah dari Benz
waktu first time celebrate birthday aku
dengan Benz dulu.. Jadi…” Pantas gitar-gitar itu dicapai. Hadiah kedua dan
ketiga dari Benz dicampak ke lantai. Tangannya licah mencari kertas yang
terselit di celah kepingan kaca yang berderai itu. Jari-jemarinya yang calar
dan terluka itu tidak diedahkan. Tiga keping kertas itu dicantumkan. ’BENZ
CINTA DIDI’… Didi tersenyum puas.
Mungkin ini memang
jalan takdirku..
Mengagumi tanpa
dicintai..
Tak mengapa bagiku
asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu,dengan
hidupmu..
Telah lama kupendam
perasaan itu..
Menunggu hatimu
menyambut diriku..
Tak mengapa bagiku
cintaimupun adalah
Bahagia
untukku,bahagia untukku..
Kuingin kau tahu
diriku di sini menanti dirumu
Meski ku tunggu
hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa
inikan abadi
Untuk selamanya..
Dan izinkan aku
memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat
tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa
ini
Bahagia untuk
sekejap saja..
Benz memejam mata. Suara penonton yang bingit bersorak tidak
diedahkan. Yang pasti, dia betul-betul tenggelam dalam lautan dunianya
sendiri..
“Benz, aku cau dulu.. Tahniah untuk kau sebab dapat nyanyi
lagu tue dengan baik..” Kuzer, Sham dan Kaduk berlalu pergi. Benz mencapai
botol mineral di tepinya lalu air itu diteguk rakus..
“Benz..” Benz mencari arah datangnya suara itu. Bulat
matanya melihat Didi di hadapannya kini.
“Didi, kau buat apa kat sini..? Kata ada date dengan
Iqram..” Benz cuba menyembunyikan rasa gugup. Didi tersenyum kelat. Entah
kenapa, dadanya tiba-tiba sebak. Bodoh, Benz.. Kau boleh bersembunyi lagi..
Pantas tubuh Benz didakap. Erat. Benz masih terpinga-pinga
“Didi..” Benz bingung. Didi melepaskan dakapannya.
“Bodoh, nak sembunyi tapi tak pandai…” Dada Benz ditumbuk
bertalu-talu.
“Hei, Didi.. Kenapa nie..?” Didi mengeluarkan kepingan
kertas tadi. Pucat muka Benz apabila Didi menghulurkan kepingan kertas itu.
“Didi, aku boleh terang pasal perkara nie.. Aku..”
“Benz, tiga kertas nie semua melambangkan tiga tahun, Benz..
Tiga tahun kau cuba sembunyikan perasaan kau pada aku.. Tiga tahun, Benz.. Tiga
tahun aku terseksa, kau tahu tak..” Benz tunduk. Malu memandang wajah Didi
waktu itu. Matanya tertangkap pada jari-jemari Didi yang berbalut itu. Dalam
diam dia mengutuk dirinya sendiri.
“Kenapa kau susah sangat nak mengaku yang kau cintakan aku,
Benz..? Hina sangat ke aku sampai kau malu nak luahkan perasaan kau..?” Ucap
Didi lembut.
“Maaf, Didi.. Tapi aku takut kau tak cintakan aku..”
“Aku dah lama cintakan kau, Benz..” Benz angkat muka. Wajah
Didi ditenung dalam. Mencari kepastian dari wajah lembut itu. Perlahan-lahan
dia menarik tubuh Didi ke dalam dakapannya. Jari-jemari Didi yang berbalut itu
dikucap lembut.
“Benz..”
“Em..”
“Kau ingat tak candle light dinner kita malam yang kita
celebrate birthday aku tue..”
“Ingat,kenapa..?”
“Sebenarnnya aku nampak..”
“Nampak..? Nampak apa..?”
“Bunga mawar, lilin… kat tengah kolam tue..”
“Ye ke..? Macam mana kau boleh nampak..?
“Lepas aku keluar dari banglo, aku pergi kat tepi kolam
tue.. Thanks, Benz. Aku suka sangat waktu tue. Cuma aku nak kau luahkan sendiri
pada aku.. Dan, waktu tue jugak aku nampak kau kat atas beranda..”
“Ye ke..? Aku tengah buat apa waktu tue..?”
“Kau tengah termenung. Muka kau sedih macam mamat jual sayur
tak laku kat pasar.. Kau macam nak nangis je waktu tue..”
“Eh,ye ke? Kau silap tengok kot..”
“Tengok tue.. Masih nak sembunyi lagi.. Teruk betul penyakit
ego kau nie..” Benz tertawa. Pinggang Didi dirangkul.
“Benz, lepas nie kau kena bagi aku 3 buah hadiah untuk aku
dalam setiap tahun..”
“Ha..? 3 buah..? kenapa banyak sangat,Didi..?”
“Sebab, satu untuk birthday aku, satu
untuk valentine day, dan satu lagi untuk annivessary kita..”
Benz tertawa.
“Sayang, maafkan aku kerana simpan cinta dalam hati..” Didi
senyum. Wajah Benz ditatap lembut.
“Tak pe.. janji, cinta tue untuk aku sorang..” Mereka
tertawa bahagia..
No comments:
Post a Comment